Naik Minyak

Hari ini saya ke EXPO Seberang Jaya ziarah kawan yang jadi tauke FunFair(Gelaran saya pada kawan event managment)saya bertanya kabar perjalanan dan sambutan acara, perserta usahawan, pengunjung serta aktiviti lainnya, dia kata ok sahaja sambutan pengunjung cuma kuasa beli menurun! terus dia salahkan harga minyak yang naik penyebab pengunjung tidak berbelanja, saya terus terkenang 3 hari lalu saya membuat perjalanan bersama keluarga ke Kl, Pahang, Terengganu dan Kelantan, semasa perjalan ke Kl,bagi melawat kerja kerja pengubahsuaian Cawangan DBM Hospital yang baru di Sunway Batu Caves, saya keluar di Toll Taiping dari Lebuhraya perompak jalanan, dengan keinginan nak menyusur ikut Beruas-Teluk Intan-Kuala Selongor seterusnya Kl, sesampainya di jalan Simpang Ampat Taiping jalan sesak yarobi, saya terus hukum, mesti kemalangan di hadapan, tetapi sesampainya di Simpang, baru saya nampak bersusun kereta lori dan motosikal nak isi minyak di 2 stesyen Pum Minyak yang ada, saya baru teringat sms yang bertalu awal tadi bercatit"isi minyak sebelum 5pm, minyak naik RM1"mengenangkan itu saya terus perjalanan ke Kuala Kangsar Kawasan Rafidah Aziz yang tengah berangin (sepoi bahasa) meletak jawatan Ahli Parlimen,dari situ saya relapaksa diri dirompak oleh tauke tauke Toll demi perkhidmatan kelas pertama(kononnya) di negara membangun,sesampai di Kuala Lumpur saya dengar tukang karut TV utama melapurkan PM umum bagi RM650 kepada pengguna cc 1000 ,bila saya congak bahagi 360 hari setahun dapatlah secawan kopi punya minyak sehari subsidi,.. kerajaan pengeluar minyak kona khalayak jelata, sedangkan masa saya di Arab 4 minggu lepas, harga minyak negara negara pengeluar sehingga sekarang masih seperti berikut;

Iran — RM0.29 seliter.
UAE — RM1.19 seliter
Venezuela — RM0.16 seliter
Nigeria — RM0.32 seliter
Arab Saudi — RM0.38 seliter
Mesir — RM1.03 seliter
Kuwait — RM0.67 seliter
Brunei — RM2.03 seliter
Malaysia — RM2.70 seliter

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing