Kenapa Najib?
Langit politik Malaysia mendung lagi dengan dentuman guruh sodomi dan Atantuya, Anwar sekali lagi di bawa ke khalayak dengan isu sama "liwat" yang diadu olah seorang yang mengaku sebagai pegawai khas beliau, isu menjadi gegak gempita sehingga ketika itu saya berada di New Delhi, India semua akbar India memaparkan berita ini sehingga ke separuh muka surat, ianya dikaitkan dengan Saiful Bahari dan pertemuanya dengan Najib di pejabat Najib, Najib mengaku dengan alasan mulanya berkenaan permohonan biasiswa kemudian Najib mengaku Saiful berjumpanya mengadu di liwat Anwar,dalam masa yang sama Raja Petra mengegarkan singahsana Najib dengan surat sumpah bahawa Isteri Najib, Rosmah berada di kejadian pembunuhan Atantuya,berhempas pulas Najib menghadapinya di Parlimen dan pada media, sekarang Najib dihumban lagi dengan dakwaan berada dengan Atantuya dengan pendedahan oleh penyiasat persendirian, PM Abdullah dan menantunya sedang berehat di koridor politik Malaysia,politik Malaysia membiarkan TPM berhempas pulas dalam taufan baru ini. Kenapa Najib?
Comments