Taj Mahal diMalaysia




Saya baru pulang dari India kerana urusan kerja disana, 4 hari di Delhi menguruskan kerja kerja Syarikat dan berkesempatan berjumpa Umat Islam serta Imam imam beberapa masjid disana amat berbaloi dan,kehidupan mewah pimpinan syarikat disana bagaikan dalam filem hindustan saya dilayan.Sempat saya berjumpa Imam Masjid dan umat Islam disana bertukar pandangan dan menjengah kehidupan mereka,dalam lawatan ini saya di bawa melawat tempat sejarah yang hebat hebat belaka, Masjid Jama',India Gate,Parlimen,Humaiyun,makam Nizamudin, Taj Mahal, begitu banyak kota kota peninggalan pemerintahan Islam di India, Taj Mahal benar benar mengimbau saya balik ke tanah tumpah darah "MALAYSIA" yang membina kota dan bandar bertaman hijau dan air yang mangalir dan memancut,Putrajaya, KLCC,Langkawi,persis Taj Mahal, zaman Shah Jahan dan isterinya Mumtaj, Mumtaj tidak sempat menikmatinya melainkan kuburnya saja di semadikan disana, tetapi itulah hujungnya pemerintahan kerajaan Agra Mughal, membelanjakan wang yang menggunung sedangkan rakyat melarat merana,Taj Mahal yang ditatah delima dan zamrud menghiasi ayat ayat Al-Quran sebagai alat menarik sokongan rakyat akhirnya mengkuburkan jasad serta kerajaannya.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing