PAS AKUI KELEMAHAN
PAS Pulau Pinang kena akur dengan kelemahan diri sendiri terlebih dahulu sebelum bertindak mengemukakan apa-apa permintaan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang telah dibina bersama sejak memenangi Pilihanraya Umum (PRU12) tahun 2008.
Para kepimpinan yang membarisi organisasi PAS Pulau Pinang samada Badan Perhubungan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulamaknya harus berada
di hadapan melakukan perubahan dengan membanyakan program tumpuan dan kemasyarakatan bukan asyik mengadakan program dalaman semata-mata.
Program 'Memasyarakatkan PAS' sepertimana yang diinginkan oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato' Fadhil Noor nampak makin mengecil maka sebab itu setiap kali PAS bertembung dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih berada ditakuk lama iaitu hanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dimenangi oleh Allahyarham Dato'Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman dan kini disandang oleh Dato' Haji Saleh Man.
Bukanya tidak penting untuk menumpukan soal tarbiyah dalaman tetapi penerangan kepada masyarakat luar di lihat tiada kesungguhan. Yang peliknya bila ada individu boleh mengerakan parti dengan mencambahkan aktiviti 'dikais' begitu sahaja sebaliknya melantik individu yang kurang pengalaman meningkat mutu parti, tiada ideal yang bernas macamana mendekati masyarakat atas pagar, kurang pendekatan kepemudaan, golongan wanita agak terabai apatah lagi merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
Contohnya bila ada penglibatan dialog dengan golongan bukan Islam terutamanya program mendaki tangga Gereja yang diperkenalkan oleh Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa bersama beberapa orang seperti Haji Abdul Rahman Kasim dan sebilangan rakanya dipandang sinis bahkan ada yang membidas dengan unggapan tidak sewajarnya.
Sampai sekarang Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang tidak diberikan kedudukan serta diperbincangkan perananyan dengan lebih terperinci
supaya mereka tahu cara-cara yang lebih baik menerangkan apa itu PAS.
Peranan Dewan Ulamak juga tidak ke mana, ramai tidak berani ke hadapan ekoran kedudukan tinggi dalam pentadbiran BN.
Sedangkan itulah yang patut diberikan keutamaan sebab di Pulau Pinang sekiranya PAS berjaya menerajui isu seperti pekerja industri, perumahan, tanah, remaja maka tentunya PAS dipandang tinggi oleh masyarakat dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri.
Ini tidak, ramai kepimpinan yang ada hanya memenuhi kuata organisasi tidak bijak merancang untuk memartabatkan PAS berdiri megah mendahulu Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Pulau Mutiara.
Yang ada asyik menyalahkan seseorang, mandom, tidak kreatif, kejar jawatan walhal banyak peluang di 'Nyahkan' begitu sahaja tanpa berfikir dengan mendalam tambahan lagi PAS berada dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Program Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) juga nampak tandus seakan-akan PAS menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Padahal peranan JKKK PAS sudah cukup membuatkan suara atau peranan PAS dihargai oleh rakyat.
Peranan Majlis Tindakan Dun (MTD) di kawasan yang ditandingi PAS juga tidak ke mana kerana selesai sahaja PRU13 kebanyakan tutup terus pintu Bilik Gerakan dan tiada langsung usaha dilakukan sebagaimana waktu dekatnya tarikh setiap PRU.
Sepatutnya, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri bertindak awal menyediakan program dan aktiviti yang berjadual kepada setiap MTD dan Parlimen yang ditandingi PAS.
Panggil semua aktivis parti di semua peringkat duduk semeja untuk dibahagikan tugasan membantu Dun yang menjadi sasaran maklumlah pengerak di Dun-Dun ada yang tiada lagi ideal, tua atau perancangan yang lebih tajam.
Sekurang-kurangnya muncul 10 individi pengerak baru di Dun-Dun yang PAS bertanding mulai sekarang tidak hanya menunggu enam bulan sebelum PRU baru masing-masing kalut macam lipas kudung mencari berbagai kaedah mendekati pengundi.
Soal kalah menang bukan matlamat yang penting usaha. Ini tidak sampai sekarang belum ada yang ditugaskan khas untuk memantapkan gerak kerja atau membaiki kelemahan di setiap MTD.
Satu lagi kepentingan yang perlu ialah membentuk satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh profesional, usahawan, penganalisa politik dan tokoh akademik bukan kroni, kawan seperjuangan yang lama menghilang dan diajak kembali bersama jemaah, golongan pencen yang tiada tabiat keeatif atau sebagainya.
Pemikiran mereka daripada luar kotak pemikiran PAS perlu ada untuk mengimbangkan atau kata lain memberi 'nafas baru' kepada PAS Pulau Pinang itu sendiri.
Golongan tersebut bukan ditonjolkan tetapi mereka hanya datang berbincang bila perlu atau ketika mahukan pernambahbaikan sasaran.
Cuba buat pasti PAS Pulau Pinang yang terdiri dari pemudanya, muslimatnya atau ulamaknya akan merasai kelainan sekaligus boleh menambah tiga lagi kerusi Dun menjadikan empat barulah PAS dipandang hebat tidak lagi seperti memalu 'tin kosong' .
Mohd Sabri Said
19 Nov 2013
Comments