Menulis Angan- Angan.

Menulis impian sendiri Semangat mahu berjaya yang saya buat... dengan menulis segala cita-cita(angan2) serta impian saya di dalam buku catitan. Ini mendorong saya untuk menyediakan pula rangka-rangka asas untuk berjaya. Saya tulis pula kerangka bagai mana untuk merealisasikan cita-cita(angan2) tersebut. Saya akan catitkan maklumat seperti, ⢠Nama projek yang mahu diusahakan itu ⢠Bila akan dimulakan ⢠Di mana ianya akan bermula ⢠Bagaimana waktu operasinya ⢠Apa keperluan, peralatan, pekerja ⢠Berapa modal mula ⢠Dari mana nak dapat modal ⢠Dll Saya masih ingat salah satu impian yang saya tulis dan rencanakan adalah cita-cita untuk membuka sebuah restoran terapung bersebelahan jambatan Pulau Pinang. Saya tulis perancangan tersebut pada 3 helai kertas 'Kajang'. Zaman ini belum popular kertas A4. Ada juga perancangan cita-cita yang saya tulis untuk menjalankan perniagaan minuman. Produk sebegini tak basi (tahan lama). Untuk itu, saya merangka perniaga...