Posts

Bantu Yatim Walau Bukan Islam

Image
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB NIBONG TEBAL - Michael Khor, 12, dan Fanamugesan a/l Maram bersama-sama 18 anak yatim beragama Islam lain menerima pelbagai sumbangan pada Karnival Raud hah @Masjid di Sungai Bakap, malam tadi. Penasihat Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Mutiara Infak Malaysia (Mutiara Ingat) Zolkifly Md. Lazim berkata, ajaran sebenar Islam menuntut dibantu anak-anak yatim walaupun mereka bukan beragama Islam. "Nak bantu bukan perlu tunggu anak yatim ini mesti Islam, sebab apabila Allah jemput ibu atau ayah mereka, ertinya semua kita ada tanggungjawab sebagai ibu ayah anak-anak ini seperti dilihat pada malam ini," ujar Zolkifly semasa merasmikan majlis ini di perkarangan Masjid Kepala Gajah di sini. Selebriti TV9, Aqhil Hai Rawa turut hadir sebagai tetamu utama keraian tersebut. Hadir sama, penganjur karnival DUA Event Sdn. Bhd. Khairudin Hj. Ahmad (Din Ulaq Ayaq), Izham Hashim (Presiden Mutiara Infaq), Abdul Rahman Ramjan (Yang di-Pertua PAS Kawasan Nibong Teba...

Kumpulan Business Berjaya Bergabung

Image
t Sejarah Koperasi moden  bermula sejak abad ke 18, semasa revolusi Industri Inggeris sekitar 24 Oktober 1844, terdaftar atas nama Koperasi Rochdale yang dipengerusi oleh Charles Howard . Koperasi ini muncul sebagai alat kepada pertembungan ideologi  ekonomi Kapitalis yang di amal Inggeris masa itu, sehingga rakyat jelata hidup melarat sebab cengkaman ekonomi golongan pemodal. Lebih awal dari itu juga , industri kapas dan benang di Scodland juga telah digerakkan koperasi untuk menjayakan usaha mereka. 1771 ianya bermula dengan pengerusi pengasas Robert Owen di New Lanark. Koperasi Industri Pemintal Kapas. Koperasi yang nampak gagah di Malaysia,  Koperasi Tunas Muda di Pulau Pinang 1963, yang menjadi Koperasi bank tanah terbesar di Malaysia,  Koperasi Rakyat yang terbenuknya Bank Kerjasama Rakyat Malaysia 1954 dan menjadi Bank Rakyat sekarang .  Dan agak awal di Pulau Pinang Koperasi berjaya  "The Province Wellesley Co-Operative Banking U...

PELUANG PERNIAGAAN KAYA DI TANAH TINGGI

Image
'Dulu saya duduk tanam sayur, orang cakap gila, sekarang dia orang gila mau beli bukit'. Keluhan seorang Cina tua penanam sayur pada saya 15 tahun dulu. Sekarang baru saya faham bahasa Cina tua yang cuba disampaikan kepada saya supaya saya lebih tumpu membeli atau mengusaha di tanah tinggi yang nilainya akan naik berlipat ganda dalam masa singkat. Ini peluang perniagaan kaya di tanah tinggi. Minggu lepas ,saya bersama kakitangan saya dari cawangan Batu Caves, mengadakan kegiatan santai di Cameron Highland. dalam perjalanan mendaki itu, saya dapat lihat bagaimana orang asal berubah gaya hidup mereka kerana mereka sudah ada pendapatan tetap dengan hanya buka meja jualan di depan rumah mereka. Orang Asal ini berjaya ambil Peluang Perniagaan di tanah tinggi. Sampai kawasan Tanah Rata, saya lihat papan iklan Barrat, satu nama yang terkenal usaha peluang perniagaan tanaman Teh dan menjual sebuk Teh dan menjual hidangan minuman Teh. Nama ini menjadi jutawan di atas puncak bukit y...

Tidak Terima Business Orang Berjaya

Image
Atychiphobia Atychiphobia, ialah perasaan takut kepada kegagalan. Penyakit ini berlaku pada individu yang pernah melakukan usaha atau Bussiness untuk berjaya, tetapi gagal. Kegagalan yang dialami dalam usaha dan Business itu telah  mempengaruhi supaya dia berundur dan tidak mahu berusaha lagi. Lebih malang lagi, Dia akan menghukum secara tidak adil kepada semua orang yang business berjaya atau usaha yang sukses itu melakukan kerja kerja salah. Dia beranggapan, semua orang berjaya itu mesti melakukan kerja kerja salah dalam usaha Business, seperti tipu urusan business, rasuah, menggunakan kepentingan kedudukan, menginayai kawan. Awas! adakah anda ada symptom ini.. Kalau ada , anda tidak akan berjaya... Dealing With Prejudice and Discrimination in Society A prejudice is a belief about a group of people based on their religion, ethnicity, race, gender, handicap or any other factors. It can be positive or negative, but as a prejudice involves passing judgment on a l...

KAYA KERANA BERJAGA MALAM

Image
Setiap malam dia buat pendapatan lebih dari RM2000. Senang saja, format semula talipon pintar yang ada android.. Semalam saya diperkenalkan dengan seorang yang mampu membaiki telephon tangan. Oleh kerana saya bermasalah dengan telepon Samsung saya yang semakin lembab fungsi dan tindakbalas dan sering restart . Saya didatangi beliau jam 11.30 malam dan saya pelangan dia yang ke 3 selepas matahari terbenam dan dia masih ada 3 lagi pelangan yang perlu dilawati.  Jam 3.30 pagi dia hantar telepon saya yang sudah siap diabaiki dirumah dengan upah RM480. Biasanya, malam orang akan tidur dan malam dijadikan untuk beristirehat . Ada orang yang tak sabar menanti malam, tambah tambah yang baru naik pelamin. ÙˆَجَعَÙ„ْÙ†َا اللَّÙŠْÙ„َ Ù„ِبَاسًا (10) ÙˆَجَعَÙ„ْÙ†َا النَّÙ‡َارَ Ù…َعَاشًا (11) “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.” (QS. An-Naba’: 10-11) Tapi bagi mereka yang menghidupkan malam, begitu ramai yang berjaya, dan menjadi kaya ser...

PAS AKUI KELEMAHAN

Image
PAS Pulau Pinang kena akur dengan kelemahan diri sendiri terlebih dahulu sebelum bertindak mengemukakan apa-apa permintaan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang telah dibina bersama sejak memenangi Pilihanraya Umum (PRU12) tahun 2008. Para kepimpinan yang membarisi organisasi PAS Pulau Pinang samada Badan Perhubungan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulamaknya harus berada di hadapan melakukan perubahan dengan membanyakan program tumpuan dan kemasyarakatan bukan asyik mengadakan program dalaman semata-mata. Program 'Memasyarakatkan PAS' sepertimana yang diinginkan  oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato' Fadhil Noor nampak makin mengecil maka sebab itu setiap kali PAS bertembung dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih berada ditakuk lama iaitu hanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dimenangi oleh Allahyarham Dato'Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman dan kini disandang oleh Dato' Haji Saleh Man. B...

Usrah di Rumah Mewah, Kuliah di Masjid Besar, Mesyuarat di Hotel 5-7 Bintang?

Image
Pemimpin Melayu yang berjuang atas nama 'Bangsa' tetapi 'Bangsat'. Mencari pentas yang bayaran mahal dan berprestig.. Pemimpin yang berpidato berdalilkan Al-Quran, hidup kepura -puraan. Kuliah di Masjid besar yang bayaran tinggi atau usrah dirumah mewah . Mana dia Imam , mana dia Amirul Mukminin, mana dia Jundullah, mana dia Ulama', mana dia Pendekar, mana dia Pahlawan. Bila bangsa sendiri, bila saudara seagama sendiri tertindas . Mana Jurutera ,Engineer Islam? Mana Akauntan Muslim? Mana Doktor Muslim? Mana Ahli Politik Islam? Mana dia Ulama' yang mendakwa warusatul Anbia'? Mana Wehdah yang kamu laungkan? Berpesatuan untuk habuan dan jawatan? Kampung Berembang di Selangor, siapa yang bela? Kampung Kampung Melayu seluruh Malaysia yang di musnahkan, siapa yang bela? Kampung Buah Pala di Gelugor, siapa yang bela? Kampung Sungai Nibong Mk12, siapa akan bela? Kampung Tok Subuh, mana pembela? Kenapa Sudan Selatan mendapat 99% sokongan und...