Lelongan Lembu









Selama 4 hari saya dan rombongan berada di utara Thailand dan Myanmar dalam rangka melawat perdagangan lembu yang berjalan dengan berbagai kaedah.

Ianya amat mengkagumkan, berbaloi dan berjaya dimana lawatan dan perjalanan beribu kilometer ini berjaya membongkar rahsia para jutawan jutawan 'cowboy' peraih lembu ini,dengan topi,seluar 'jeans',baju kemeja dan gaya, mereka berlumba lumba tawar menawar dengan penternak, dipusat pengumpulan dan lelongan yang menghimpunkan ribuan ekor lembu berbagai baka.

Kebayakan mereka bukan Islam tetapi berniaga membekalkan lembu untuk orang Islam makan dan beribadat korban dan akiqah, hanya seorang dua sahaja dikalangan muslim Thai keturunan Pakistan dilihat bersama para 'cowboy' memborong lembu.

Semua yang berminat boleh menjalankannya dengan mudah,perdagangan lembu ini menjanjikan laba yang melebihi 20% dan amat minima risikonya.

Comments

fendi said…
salam,
boleh saya tahu apa nama tempat lelongan lembu ini dibuat..? Macamana nak pergi kesana..?Boleh tolong hubungi saya di effendyhasim@yahoo.com....tksh.

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing