Makan Bertih Padi lebih kreatif



Saya sampai di wilayah TAK utara Thailand,melihat perdagangan lembu yang hebat diAsia Tengara ini,mula nya saya jumpa orang jual bertih padi dan ramai peminat makanan ini.

Saya amati puak makan bertih i ni lebih kreatif dalam pekerjaan mereka,lebih minima kos mereka,lori dibuat sendiri dengan menggunakan mesin bajak (dulu namanya kobota)sebagi kuasa pengerak lori 6 tayar mereka, dengan drive shaft,kerangka tayar kereta potong mereka berjaya menjimatkan kos operasi dengan hanya belanja tak sampai RM8000.00 untuk sebuah,JPJ tak kacau,Polis tolong jaga jalan,Kastam tak hambat cukai, sehingga penduduk Thai berjaya mengeluarkan 20 ke 30 ribu ekor lembu satu daerah kecil,mungkin ini kata Ibnu Kaldun Cukai Yang Rendah dan Kurang Meningkatkan Produktiviti dan Inovasi.

Apabila kita menung kelembapan kejayaan program pertanian dan ternakan di negara kita,kita jangan pening kenapa pertanian dan penternakan dengan kaedah tradisi banyak gagal dari berjaya,kenapa?

Apa kerajaan kita tak buat bagi, subsidi anak kambing,ibu kambing,anak lembu,ibu lembu,anak ayam,kandang ayam cuma tak subsidi ibu ayam saja,tapi berapa orang yang terima berjaya?Kalau yang KEMAS agih, sah jadi lauk dan duit poket ke PWTC setahun sekali,bukan anak lembu dengan kandang kandang dia jualkan,yang dapat ni al maklum siapa depa,

kalau sebelum1998 gerai JKKK sah pemilik dia tak berniaga lebih ramai dari berniaga,sampai pintu kedai banyak tutup dari buka,sebab tuan kedai cap keris tak makan saman sewa.

Kerajaan pula galak nak besarkan Kek konon ,buat syarikat swasta nak periksa kereta,buat agensi nak hambat cukai,badan lori cukai,injin lori cukai,rangka lori cukai,rangka tuan lori pun tak tentu cukai.
Kita keluarkan lembu dengan kos yang lebih tinggi dari Thai,kerana masuk campur cukai.Orang Siam makan bertih kita tengok orang makan kek

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing