China yang menggamit



Lawatan ke Hong Kong dan China tahun ini amat bai. Dari 11 June hingga 16 June banyak memberi peluang dan hubungan yang lebih kepada syarikat.

Keluarga serta anak-anak saya juga mendapat banyak maklumat baru dan perkembangan terkini pasaran, teknologi, kenalan serta fesyen yang terkini.

Bermula dengan ketibaan di Hong Kong Airport, kami terus ke Shenzen di tanah besar China, dimana hotel penginapan dan acara telah tersedia.

Pertemuan dengan Gadis genit yang berjawatan serta ber 'career', Linor Wang, Pengurus serantau bagi Asia Tenggara dan Jepun Korea serta Taiwan bagi Shenzen Spring Medical Tecnology Ltd. yang berpusat di Shenzen, China , banyak memberi peluang hubungan dan peluang kepada perniagaan serta teknologi terkini.Setelah berbincang dan bertukar maklumat kami di jamu selera di Restoran besar yang kami kena modifikasi menu makanan kerana di sini tak ada restoran Muslim yang berdekatan, Alhamdulillah! itu pun hampir lincin pinggan.

China di landa fenomina 'Free Thinker', dimana sebahagian besar penduduknya bergerak setiap hari untuk mencari makan dan berhibur, tanpa mengambil kisah tentang perasaan dan kepercayaan atau alat menenangkan hati. Setiap penjawat jawatan yaqng saya temui akan memaklumkan yang diri mereka berasal dari kampung yang jauh dari kota, dan kedua ibu bapa mereka beragama, tetapi mereka hidup tanpa agama, dengan alasan tak mahu terikat, kononnya!

Bagi Peniaga dan Usahawan, mereka mempunyai peluang yang luas di China untuk menambah Business atau kenalan!!!
Bagi pejuang Islam, mereka mempunyai peluang yang luas di China untuk mengaut pahala mudah " berda'awah", Kita kena usaha sikit belajar Mandrin, kata orang Patani' kalau tak boleh dia, anak pasti boleh !!.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing