Muda mesti Sempoi...



"I KNOW I am here.I know I had nothing to do with my coming, and I shall have but little, if anything, to do with my going, therefore I will not worry because worries are of no avail." unkapan imiginasi

"Bagi Tau Dia, Aku dulu naik basikal" jawapan dia kepada pengantara DO.
Abang saya seorang kontraktor kecil kelas 'F', Beliau telah di ' Black List' dalam senarai teratas pada tahun 1999 sehingga ... kerana BN kalah teruk PRU 10. Oleh kerana saya adik beliau yang diarahkan PAS pusat untuk bertanding pada 1995, beliau dijadikan mangsa "tak dapat tanduk, telinga di pulas". Pegawai Daerah atau sedap panggilan orang kampung DO (saya tambah DOL atau samDOL) telah menghantar seorang pengantara minta abang saya pergi jumpa YB Ketua UMNO Bahagian masa itu untuk Sembah Mohon Ampun Maaf atau Sembah Taat Setia akan turut jadi lembu cucuk hidung orang politik.
Kini beliau berjaya belayar dengan tenang dalam kehidupan sebagai kontraktor tanpa perlu gadai maruah dan prinsip, dan menjadi antara kontraktor paling lama bertahan di Balik Pulau, yang seangkatan beliau hampir pupus.

Berjaya seseorang itu bergantung kepada kesungguhan dan kecekalan peribadi. Semalam saya berpeluang mengunjungi seorang belia yang saya kagum dengan usaha baru 4 tahun dalam berdagang lembu. Beliau tinggal dalam kampung yang jauh dari kelengkapan pasarana moden, Sungai Mayor, GPS saya pun dah tak ada bacaan di screen untuk sampai ke tempat beliau.. Beliau bermula sebagai pelajar Politeknik Permatang pauh , dan kemudian bekerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang. Empat tahun lalu beliau mengambil keputusan untuk balik kampung dan memulakan usaha berdagang lembu.

Beliau bergelut dengan kepayahan modah, kekurangan kenalan, dan ketiadan pengalam pengurusan. kecekalan dan berani meredah arus untuk sampai ke mahligai impian dan cita-cita, dia berjaya menjadi pengusaha dan pedagang lembu sekarang.

Kini beliau boleh dijadikan contoh kepada anak muda. Setiap minggu beliau mampu mengikat kontrak jualan lembu ratusan ribu Ringgit. Malah kini sudah ada agensi kerajaan datang untuk berkongsi kejayaan beliau dengan menawarkan geran usahawan sehingga mencecah RM4 juta.

Bermula sekarang Bermula lah , dan jangan takut, kerana takut itu sia-sia....

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan