Bila Lampu Padam.
Dia Jutawan Seluar Jean's Syarikat Dia Keluarkan RM100 juta setahun di Dhaka
Dia juga designer
Ni Jutawan hidupan laut di Cox's Bazar. Pendapatan RM10juta setahun
Kebanyakan Wanita Muda Bangla kilik anak
Sampai anak kena kilik anak, mak dah tak cukup tangan
Yang dikilik ada yang pegang tangan ada, tak dan nak setahun ada pulak...
Ni semua akibat lampu padam atas catuan letrik
Ah Kiang dari China Tong San ini pemilik kedai kopi kampung saya, dan sudah lebih 50 tahun berniaga kedai ini, sedar2 saya dia dah ada kedai ini. Keadaan kedai yang uzur dengan kerusi kayu serta meja marmar nampak macam muzium semasa saya di Muzium Nasional Bangladesh. Tidur bangun dia di kedai itu. Beranak pinak dia di kedai itu lah. Sakit demam dia di kedai itu juga. Sekarang Ah Kiang sudah mati, anak dia ambil alih kedai ini dan terus berniaga dalam keadaan sama, tiada peningkatan dan tiada perubahan. Dalam pada kesibukan orang yang begitu ramai, rakyat Bangladesh berhempas pulas mencari peluang untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa. Sebahagian mereka pula mengambil keputusan keluar negara untuk mencapai cita-cita ini. Ada juga rakyat Bangladesh yang balik ke bumi tanah tumpah asal ini untuk mencipta kejayaan selepas belasan tahun merantau ke Eropah, ke Arab atau ke Malaysia.
Semasa saya di China , keadaan sama juga dapat dilihat disana. Rakyat China sebahagian kecil memilih untuk keluar negara bagi memburu cita-cita, sedangkan dunia sedang berlumba masuk ke China untuk mencari kekayaan. Apa ada orang yang kata Cina datang ke sini sebab susah, merempat di negeri dia?
Saya sempat bertemu pengusaha di Cox's Bazar 12 jam perjalanan dari Dhaka. Muhamad , dia balik dari Saudi setelah 14 tahun berniaga di sekeliling Masjid Haram, Baitullah. 4 buah kedai menjahit pakaian beliau buka di Saudi, maju dan berjaya. Polisi Saudi tidak membenarkan rakyat asing memiliki premis dan berniaga. Muhammad membuat kontrak 'Ali Baba' dengan seorang rakyat Saudi berketurunan UMNO yang jual lesen dan kepentingan kepada rakyat asing. Bila perniagaan Muhamad maju dan berkembang, mula UMNO Saudi ini membuat helah untuk mengaut keuntungan kesemua Muhamad, macam cerita 'Angsa Bertelur Emas' cuma dia tak ikut cara cara guna C4.
Muhamad marah dan tumbuk pemilik 'Ali Baba' ini, sebab dia diadukan ke Imigresyen Saudi kerana berniaga haram. Maka dia ditangkap dan dihalau keluar balik ke Bangladesh. Sekarang Muhamad menjadi penternak dan pembekal anak udang Harimau, Ketam tanpa kulit serta beberapa jenis ikan air masin. Dengan 4 plan kolam batu dengan 200 tenaga kerja, merek mampu menjual hampir USD10 juta setahun. Muhamad juga sudah ada perusahaan hidupan laut ini di Myanmar.
Kenapa memilih keluar negara, tanya saya? Penduduk ramai menjadikan harga tanah mahal disini, Lerik selalu dicatu, kami terpaksa menggunakan generator, harga bahan api sekitar USD 1.8/ liter. jawab Muhamad. Beliau seorang jutawan sudah pasti tidak akan meninggakan Bangladesh lagi walau pun lampu padam.
Padam saja lampu akibatnya rakyat Bangladesh jadi 160 juta, sehingga menjadi pembekal sumber manusia dunia.
Comments