Kurus, Slim.. Wow....

 Mereka bersenam untuk kurus dan sihat
 DBM Hospital membantu ibu yang rela untuk tidak Slim selama 9 bulan
 Dalam kesesakan sebuah kota saya lalui ini semuanya Slim walaupun dukung anak
 Lawa, Kurus dan bekerjaya Wanita dalam syarikat pengeluar seluar Jean's di Dhaka ini
Saya seorang saja nampak perut.....

Aku cuma duduk dirumah saja, tapi boleh buat duit sampai RM70 ribu sebulan. Bergolek atas karpet! melentang atas sofa saja, tak banyak kerja. kata kawan saya seorang pengusaha herba kurus badan.

Semua ini kerana penduduk bandar yang semakin ringan kerja mula menghadapi masalah kegemukan. Saya sempat merantau di Arab Saudi, Mekah, Madinah, Jedah, Riyad serta Taif. Rakyat mereka agak senang dan mewah. Mereka menghadapi obersiti yang kronik. Perempuan Saudi yang sudah berkahwin berumur 28 tahun sudah mempunyai berat badan 110kg. Bila umur mereka mencecah 38 tahun mereka terpaksa mengguna kerusi untuk bersembahyang. Kejadian ini memang pandangan biasa di Masjid Haram Makah atau Masjid Nabawi di Madinah, sehinggakan Saudi sekarang sudah ada NGO yang berkempen untuk kurangkan pengambilan gula dikalangan rakyat mereka. Sebab tu banyak kawan Melayu saya di Aram Saudi tak mau kahwin perempuan Arab ni. beranak seorang dah jadi tong drum, eee tak mau aku! kata kawan2 saya disana.

Berbelanja untuk kurus menjadi satu skim peruntukan setiap penduduk bandar sekarang ini. mereka cuba nak kurus , cantik, dan bergaya. Syarikat Kosmetik dan makanan kesihatan atas nama kurus, cantik dan bergaya pula tumbuh macam cendawan. Bukan apa, cuma membantu syarikat pengeluar pakaian supaya maju tu.. Setiap bulan ada orang menjadi jutawan kosmetik dan kesihatan.

Ketika saya berada dalam Metro, keretapi bandar di Seoul Korea yang padat dan sesak, saya payah nak jumpa orang gemuk dan buncit, yang membuncit sebab bawa baby pun susah. Mereka semua nak sihat dan lawa sehingga sanggup korbankan masa depan berkelurga, beranak pinak, menjamu menu yang sedap dan selera. pendek kata, mereka 'ikat perut'.

Saya masuk hutan Grik 2-3 jam perjalanan  naik Pick Up untuk berjumpa orang Asli di perkampungan mereka. Perkampungan tepi sungai ini terdapat 24 rumah  tanpa bilik, namun setiap keluarga beranak pinak ramai. Kampung mereka terletak tepi sungai selebar dua lebuhraya yang dikembarkan. Mereka bekerja 'kais pagi makan pagi'. masa lapang mereka diisi dengan mengukir, mebuat kerja kerja tangan yang ringan, masa bersosial mereka duduk bersembang sambil makan akar pokok, sirih atau buah kayu. Mereka tak isi masa lapang dan bersosial di kedai Mamak sambil makan roti canai serta minum Teh Tarik. Mereka tidak perlu kepada kosmetik dan herba kuruskan badan, sebab gaya hidup mereka sememngnya tidak memberi peluang lemak berkumpul dalam badan. Orang Asli tidak perlu 'Ikat Perut' yang sememang terikat.

Fenomena sama juga saya lihat semasa saya di Bangladesh. Saya tidak dapat melihat orang Bangla yang gemuk dan perut buncit. Walau pun dia dukung anak tapi Slim, masyaalah. Wanita mereka tak perlu skren test untuk jadi Film Star, semuanya berbadan solid.  Rakyat Bangladesh 160 juta ini tiada masa nak bersosial dengan teh tarik, roti canai. Mereka makan pagi terus keluar bekerja sampai petang. Mereka juga terikat perut dengan sendiri.

Ada 3 ketagori kurus yang dapat saya kongsi...

1,   Berbelanja untuk Kurus.
2.   Tak ada nak belanja jadi kurus.
3.   Untuk kurus ,tak ada dalam dairy

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing