Posts

Rezeki yang Di Manafaatkan

Image
'Dan Mereka yang Allah rezkikan , lalu mereka infaqkan'. Saya amat bersyukur dan berterimakasih kepada kawan-kawan yang membawa Mutiara Infaq, Komiti Anak Yatim ini,terus bergerak menjadi pelopor kepada usaha usaha kebajikan dikalangan usahawan penjaja. Artis yang Allah rezki kepada mereka dengan suara dan pengaruh, telah juga men unjuk minat dan komitmen dalam membantu anak anak yatim ini.Amy Search dan Robani telah membantu mengutip dana bantuan melalui lelongan T Shirt yang ditanda tangan oleh Amy.Pada malam yang penuh keberkatan ini, sebanyak RM940.00 telah berjaya dipungut melalui 10 helai T.Shirt ini, ianya mengatasi lelongan di Bertam bulan April lalu.

Seruan Keramat UMNO

Image
Demi menyahut seruan keramat Kerajaan. Perwakilan UMNO akan berjuang supaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Genting Highland. Demi duit, UMNO akan lakukan apa sahaja, sebab,kepercayaan UMNO yang berakhidahkan duit boleh beli apa sahaja, Firaun pernah menunjukkan kekuasaan dengan kekayaan yang dia dakwa, boleh beli apa sahaja termasuk nyawa. UMNO mewarisi ekonomi Firaun ini dengan dia halalkan judi. Dengan UMNO halalkan judi, secara langsung dia paksa seluruh kakitangan kerajaan melakukan maksiat dan kerja haram, Polis akan dipaksa berkhidmat menjaga premis ini, dan premis yang dia haramkan.Pegawai Kastam akan dipaksa pastikan import semua hak perjuadian berbayar cukai, Kakitangnan Imigresyen diarah bertindak pastikan tiada pekerja asing tanpa permit di premis judi,warga LHDN akan dipaksa menghambat cukai hasil judi sehingga lubang cacing. dan semua Kementerian dan Jabatan di paksa bekerja dan makan hasil dari perjudian ini.Semua mereka tahu bahawa, daging yang tumbuh dar...

Apabila Kerajaan Baik

Image
Majlis Penerangan dan Dailog Gender Penyampaian Sumbangan Anak Yatim Rakyat hidup Harmoni Program pentas yang lebih 'Intelectual' dari program 'emosional' Setelah saya buat 'prisentation' kepada kerajaan Pulau Pinang, bagaimana membangunkan daerah, membangunkan kebijaksanaan, membangunkan ekonomi rakyat yang di akar umbi, kerajaan terus saja bersetuju dan meluluskan 8 acara sehingga Disember 2010 ini, bertemakan Karnival Rakyat Harmoni. Saya bersyukur kerana Allah izinkan idea ini diterima Jemaah EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang. Acara berjalan pada ke2 kalinya di Padang Awam Jawi, setelah Bertam di Kepala Batas, UMNO mula menunjuk reaksinya dengan menghasut Kementerian Penerangan melarang dan menghalang sebarang iklan, pembabitan pengacara dari kakitangan RTM libat diri dalam acara ini yang di isi dengan 99% usahawan Islam,surat RTM di keluarkan dengan alasan larangan demi 'Kepentingan Nasional'(seolah kerajaan Persekutuan mengha...

Mutiara Infaq

Image
Mutiara Infaq : Sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan Malaysia, yang menumpukan usaha membantu anak-anak yatim , dengan sumbangan wang dan barangan.Anak yatim yang di pilih, terdiri dari mereka yang masih di jaga oleh waris mereka dan tinggal di rumah mereka.Ini bertujuan mengekalkan kasih sayang sebagai elimen utama pembesaran dan pendidikan asas bagi membentuk jiwa dan peribadi,. Angota : Diangotai oleh beberapa usahawan Malaysia dalam pelbagai bidang, menjadi diri mereka Komiti Anak Yatim bagi menyumbang bakti kepada anak-anak yatim yang masih tinggal dengan keluarga mereka,Sumbangan bakti yang diberikan Komiti Anak Yatim , melaui cara kemahiran serta pengalaman pengurusan dan perhubungan awam, yang disatu dan di padukan dalam Komiti Anak Yatim , MUTIARA INFAQ. Aktiviti : MUTIARA INFAQ, melalui Komiti Anak Yatim , bergerak melaui Pesta, Expo serta Karnival, bagi melobi usahawan lebih ramai melibatkan diri dengan kegiatan bantuan anak yatim in...

DI HUJUNG TANDUK

Image
PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat. Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik. Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan. Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka. "Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ( kanan, bersongkok...

POLIS Pembela UMNO Berjudi

Image
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull. Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat. Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), ...