Mutiara Infaq





















Mutiara Infaq
:
Sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan Malaysia, yang menumpukan usaha membantu anak-anak yatim, dengan sumbangan wang dan barangan.Anak yatim yang di pilih, terdiri dari mereka yang masih di jaga oleh waris mereka dan tinggal di rumah mereka.Ini bertujuan mengekalkan kasih sayang sebagai elimen utama pembesaran dan pendidikan asas bagi membentuk jiwa dan peribadi,.

Angota: Diangotai oleh beberapa usahawan Malaysia dalam pelbagai bidang, menjadi diri mereka Komiti Anak Yatim bagi menyumbang bakti kepada anak-anak yatim yang masih tinggal dengan keluarga mereka,Sumbangan bakti yang diberikan Komiti Anak Yatim, melaui cara kemahiran serta pengalaman pengurusan dan perhubungan awam, yang disatu dan di padukan dalam Komiti Anak Yatim, MUTIARA INFAQ.

Aktiviti: MUTIARA INFAQ, melalui Komiti Anak Yatim, bergerak melaui Pesta, Expo serta Karnival, bagi melobi usahawan lebih ramai melibatkan diri dengan kegiatan bantuan anak yatim ini. Dan , 'Pesta' kan kegiatan sumbangan anak yatim dijadikan gaya gerak dan teknik pengenalan kepada orang awam, selain dari teknik cyber yang digunakan bagi mendapat sokongan secara langsung.Data mereka akan di himpun dan disenaraikan melalui cyber, bagi mendapatkan keluarga angkat cyber.

Halatuju: Mutiara Infaq, akan berusaha menjadi pertubuhan yang bergerak membantu anak yatim di Malaysia dan seluruh dunia, dengan menggunakan cyber, sebagai penyalur maklumat dan bantuan, serta menjadikan ianya Rumah Anak Yatim Cyber terbesar di dunia, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.