Satu Panggilan bernilai RM2000
Satu Panggilan nilai RM2000, ini satu cerita benar yang sedang belaku sekarang, pada kawan- kawan saya.Sebelum ini mereka semua terkenal dengan kerja yang melucukan dan menjadi bahan ketawa kawan lain, kalau kita semua berpeluang seperti ini, tentu kita semua tak mahu buat kerja lagi.
4 tahun lalu saya kenal mereka sebagai penjual jeruk jalanan dan pesta pantai, selepas 2 tahun saya dapati mereka menjadi pengurus 'Fun Fair', sekarang mereka menjadi kordinator kepada karnival dan expo bagi pihak Kerajaan Negeri , Kementerian, dan Agensi Kerajaan.Sehingga bulan Disember ini mereka bakal mengendalikan hampir 20 acara diutara Malaysia.
Ini semua berlaku sejak mereka mengenali saya, dan saya menganjurkan mereka bertukar pandangan dan pengalaman setiap kali berjumpa. Satu lagi ialah, mereka semua bersetuju menjadikan amalan derma dan infaq sebaga budaya kerja, akhirnya selepas 2 tahun, mereka melihat dan merasai hasilnya.
Satu penyertaan usahawan dan peniaga,di Karnival dan Expo, sewaan RM2000, semua tempahan dibuat melalui telefon bimbit mereka ini, jadi setiap panggilan mereka menerima habuan RM2000.
Mudahnya Allah rezkikan mereka!!!!
Comments