DI HUJUNG TANDUK
PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.
Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik.
Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.
"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.
"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.
zolazim: PAS Kedah harus research pendapat awam,Kalau benar YB ini semua nak lompat parti, mungkinkah kerana mereka tidak tahan dengan sungutan rakyat yang tak di layan baik kerajaan Kedah.
Comments