Koc Komuter khusus untuk wanita .












2010/04/27

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.
Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.
"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama

Tak menyalak pula pimpinan UMNO yang ada 'title' ustaz, macam mana masa Kelantan mula perkenalkan kaunter wanita di pasaraya, panggung wayang, dan beberapa tempat awam awal tahun 90an dulu. Agaknya dah tertarbiyah dah ustaz dan 'balaci' UMNO ,

Muslimat PAS sepatutnya meningkatkan lagi usaha memperkenalkan sekolah dan 'pusat pengajian tinggi' khusus untuk wanita sahaja(Sekolah yang diasaskan gereja semuanya memisahkan gender, ini berasakan tuntutan agama langit, sejak dulu lagi). Jangan sekadar nak anjur nyayian bersama Aishah sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing