Bai'ah Dr.
Baiah, satu istilah menjadi tajuk mashyur sekarang,ilmu perjanjian dan ikrar diperbahaskan oleh si cerdik dan si tolol, oleh fakhih dan bloody fool.
Secara mudahnya bai'ah boleh difahami dengan rujukan dalil semudah berikut;
Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)
Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:
“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Maka boleh difahami bahawa bai'ah adalah mempertaruhkan sesuatu nilai tertinggi dan tersangat bernilai dalam berbagai bentuk,harta benda, maruah, kasih sayang, sesuatu bersifat material dan sentimental.BN sememangnya berbai'ah dengan material seperti seperti kes Altantuya Sharibu, berjanji dengan kesenangan tertentu untuk menyelamatkan sesuatu dan seseorang atau bai'ah Pak Lah dan Che Det bertukar takta yang berkesudahan dengan buruk siku keduanya.
Kalaulah PAS ada format Bai,ah seperti media arus perdana kata, apa agaknya terjadi bai,ah YB.Dr Lo'Lo' danYB Dr Mariah?
tertalaklah UMNO dengan talak tiga.
Comments