Subangan Raya Korban




Telok Bahang menjadi antara cawangan cawangan PAS yang sering jemput saya untuk bekerjasama memikirkan pembagunan masyarakat, dari segi sosioekonomi, budaya, keselamatan, belia, dimana mereka nak selarikan dengan tuntutan agama yang diperjuangkan oleh PAS.
Semalam 25hb November 2009 mereka memberi peluang bersama Dato Speaker dan YDP PAS Kawasan Ust Fauzi, menyampaikan sumbangan bagi mereka yang kurang berkemampuan bagi meringan dan memeriahkan sambutanyambut aidiladha atau Raya Korban ,majlis dijalankan di surau Telok Bahang.
Seperti biasa,apabila dijemput saya berucap, saya menekankan tentang perlunya kita keluar dari kehidupan yang daif itu dengan berusaha mengubah minda,cara berfik dan tindakan kita dulu.
Dengan tips yang sedikit saya minta supaya mereka yang menerima sumbangan atau bantuan mesti seberapa boleh atau seberapa mampu menyumbang apa yang mereka dapat itu kepada orang lain pula,dengan sedikit sumbangan itu, pasti pemikiran kita dan tindakan kita akan bermula dengan membantu bukan menerima, itulah amalan Agama kita yang mana Rasulullah SAW berjaya membawa keluar golongan dua'fa, bumi Makah dan semenanjung Arab dari daif nya hidup kepada menjadi kelompok masyarakat yang mebangunkan tamadun dunia baru .
Zaman sekarang semua mereka yang berjaya sebenarnya bermula dengan berusaha menyumbang kepada yang memerlukan,semua mereka mempunyai yayasan membantu insan lain, Syed Mokhtar,Ananda Krisnan,Bill Gates, mereka semua percaya atas usaha membantu menyebabkan mereka berada para tahap sekarang, samada mereka beragama atau tidak beragama tetapi mereka percaya.
Jangan tunggu sampai ada RM1 juta baru nak mula derma !!!
Kita sebagai Islam yang percaya janji Allah gandaan 700 kali !!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing