ukuf Arafah





Setelah melalui semangat Arafah yang meruntun semua ego,merata kekayaan darjat dan pangkat,kita berukuf/tawakhuf atau berhenti seketika dalam melayari kehidupan dunia ini, apa pun keupayaan,kegagahan yang kita ada kita diminta berhenti sejenak ketika hingga tergelincir fajar 9 Zulhijah sebagai simbolik kepada manusia semua bahawa setiap perjuangan, setiap perjalanan perlu kepada tawakuf sejenak menghisab atau bermuhasabah diri bagi meneruskan perjuangan dan perjalanan yang jauh.
Kemudianya kita diminta korban sebagai satu tindakan selepas bermuhasabah,berfikir dan merancang,korbankan nafsu yang tak berperancangan,keinginan yang melampau, ini adalah tindakan lumrah kepada semua kejayaan yang dijayakan oleh mana mana manusia atau organisasi/jamaah sehingga berjaya.Berjuang tanpa berhenti umpama kisah Zulkarnain yang meneruskan membesarkaan jajahannya tanpa berhenti, atau kita baca sejarah Hitler yang ditipu diri sendiri untuk membesarkan jajahannya sehingga meletihkan balatentera,atau 19 Oktober 1812 Napoleon Bonaparte ditipu kerana enggan berhenti berperang, dia terkepung dengan strategi musim salji di Moskow oleh taktik Kutusov.
Saya telah meminta dalam tulisan saya tentang psy war dan psy op, yang lalu dalam tajuk siapa yang kena.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan