Pelawanan Bola dan Iman






Bolasepak di Balik Pulau mula nampak tunas untuk hidup subur dengan perlawanan perlawanan persahabatan yang di gerakkan oleh PAS Cawangan Jalan Mahkamah Bayan Lepas.

Dalam permainan persahabatan Bayan Lepas FC lawan Pulau Betong di padang Kongsi,Ahad 1 November 09 lalu.

Ketika permainan berlangsung ramai kalangan aktivis sukan ini datang bertemu dan merayu serta meminta saya menghidupkan semula sukan bolasepak daerah ini, dengan menganjurkan liga dan lebih banyak perlawanan persahabatan, mereka juga meminta saya membantu bagi memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengurus padang Kongsi yang mana sekarang ini tidak di selenggara, tanpa garis padang ,tiada jaring gol dan tempat penonton penuh dengan kaca lampu kalimantang.

Saya dimaklumkan bahawa padang ini di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Barat Daya dan Pegawai Daerah Balik Pulau ini.

Dalam pada saya membantu belia yang baik ini ketiaka memandu kereta melintasi liku liku jalan Balaik Pulau yang sangat nyaman itu, saya ada menerima sms dengan tulisan berikut;' laa! anta dok fikir bola,kita dok fikir orang masuk Islam, nak fikir masjid yang kosong tak penuh orang, mu dok fikir bola macam UMNO fikir,Tuan dok sibuk bola pula.'
Saya jawab juga lah sms ngong ini, 'semua yang main bola dengan saya ini sembahyang 5 waktu sehari, Tuan sembahyang berapa waktu sehari,semua pemain bola saya tidur dirumah, makan di rumah ,Tuan tidur di mana, makan dimana.? tulis saya.
InsyaAllah kita akan bersama bekerja membangunkan sukan ini atas kepentingan belia dan peminat sukan bolasepak yang lebih beriman.


Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing