Posts

Showing posts from April, 2010

nostalgia 90an

Image
29 April. Satun, Thailand, saya sekali lagi dapat sampai sini, bersama seorang kawan Ustaz Hj Izham Hashim. Tempat ini menarik kenangan lama awal 90an, semasa pertama kali datang ke sini dengan bot pancung melalui Kuala Perlis ke Setoi atau Satun, di sebelah pantai barat Selatan Thailand. Tembeliang Hilir dan Tembeliang Hulu, kampung seberang yang boleh dihubungi dengan sampan.Masyarakat disini menggunakan loghat Kedah dalam percakapan mereka, mesra benar dengan tetamu. Mereka masih amalkan gotongroyong ketika membuat rumah atau membaiki rumah mereka. di pejabat Majlis Agama Islam Satun,tempat paling popular pada orang Malaysia yang nak kahwin lagi! Dari tepian Tembeliang Hilir,Merenung keluarga Malaysia. Menyesuaikan diri dengan pengankutan balik kampung, orang Tembeliang Hilir . Di laluan kesesakan rumah Tembelian Hilir yang mempunyai 4 buah Masjid.

Menggunakan Anugerah Allah

Image
Persembahan Rabbani dan Amy Search berjaya memikat penonton walaupun sekejab terutamanya lagu duet antara mereka. Kemantapan vokal tetap menjadi nadi Amy Search dalam setiap persembahanya samada menyanyikan lagu berunsur ketuhanan mahupun ketika bersama lagenda Rock tanahair dalam setiap konsert mega sebelum ini dan akan datang bersama sebuah lagi lagenda Rock,Wings. Pada persembahan tersebut penjualan 20 helai T'Shirt berjumlah RM700 berjaya dikutip untuk mengisi tabung Mutiara Imfaq untuk dibahagikan kepada anak-anak yatim setiap kali Karnival Rakyat Harmoni diadakan. Selaku penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak-Anak Yatim, saya melihat pertubuhan ini sudah mula bergerak maju, dan harapan saya, ianya akan berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa kelak. Ini juga memberi perangsang kepada semua orang, supaya menyedari, bahawa apa yang Allah kurniakan kepada kita mampu menjadikannya kerja kejalan Allah, Beramal!

Mesyuarat Agong PAS Cawangan ?

Image
300 orang lebih hadir mesyurat Agung PAS Cawangan Titi Teras, Balik Pulau. Kumpulan Muslimat sedang sibuk menjamu, sebaik mesyuarat rehat. PAS Cawanagn Titi Teras, bergaya dipimpin oleh Mohd Tuah. Mesyuarat Agong PAS Cawangan yang kita lihat digambar atas,mengalahkan konvensyen PAS peringkat negeri,(nak banding dengan PAS Kawasan, macam semut dengan gajah) ini juga menjelaskan bagaimana pengalaman dan kreativiti seseorang pimpinan mampu membawa pembangunan organisasi, dan membawa kemahsyuran parti kedalam masyarakat.Saya kerja bersama Mohd Tuah, sejak Pilihanraya 1986, sememangnya dia bijak dan berpandangan jauh. Pemimpin yang bijak biasanya mengambil pembantu yang cerdik, sebaliknya pemimpin yang dungu, mengambil kisah Hang Nadim sebagai ikutan(bunuh si cerdik, selamat aku) , Macam keahlian Dr.Mujahid pun dibuat silap mata, surat keahlianya posmen tak tau nak hantar, sehingga dia terpaksa singgah di Bayan Baru.

TAWARAN: Cina Islam

Image
Syafiq (kiri) Zailan(kanan) AJK PAS Kawasan, yang turut serta . 28 April, Balik Pulau, Mohd Tuah,ketua cawangan PAS Titi Teras, memperkenalkan saya kepada seorang saudara baru, Syafiq, yang memeluk Islam 2004 lalu.Saya bagai orang mengantuk disorong bantal, kerana saya sedang membangunkan projek baru denga saudara baru, setelah saya selesai projek anak yatim yang sudah sedia berjalan. Beliau ditawarkan belajar disebuah kolej Islam di Selangor dan memerlukan sekitar RM2000 untuk pendaftaran dan RM2000 untuk yuran. Beliau mesti dapatkan biaya ini, sebelum 17 May nanti, beliau telah mohon tangguh pada 2 May untuk daftar belajar, kerana tiada wang. Beliau yang masih tinggal dengan keluarga sendiri, yang belum Islam di Balik Pulau. Syabas! kawan saya Mohd Tuah yang bertindak awal menghebahkan perkara ini, sekaligus memberi peluang kepada sesiapa yang ingin dan ketagih nak buat amal, dengan membeli tawaran Allah, syurga.

PRK Ulu Selangor

Image
Di Peti Undi Sungai Buaya Di Peti Undi Sg Buaya

Orang Asli di Taman

Image
Pilihanraya kecil Ulu Selangaor memberi peluang penduduk di kawasan Parlimen ini mendapat habuan yang banyak dari kempen yang menggunakan wang, dan perhatian serta penyelesaian masalah mereka. Orang asli, yang sekitar 1000 orang juga, diberi bermacam janji dan habuan.Kesempatan saya ke Ulu Selangor selama 2 hari, telah saya menafaatkan untuk meninjau perkembangan orang asli di sana, Saya berangan-angan untuk makan masakan dalam buluh, menjala ikan, dan makan ikan bakar yang ditanam dalam tanah, dan mandi di air terjun, atau sungai mereka. Alangkan melesetnya perasaan saya ini, apabila kampung orang Asli yang saya lawati di Sungai Choh dan Sg Buaya, semua dah jadi lot banglo dan taman, ada juga kilang-kilang haram, yang tumbuh sejak berpuluh tahun dulu. Taman perumahan dah menelan Orang Asli rupanya, dan mereka sebahagian dah duduk di taman dan lot perumahan, sungai dah jadi longkang busuk, dan buluh dah jadi rumah makan. Saya ingat elok Ustaz kawan saya seorang ni, pi sana buat tanah l...

Bayan Lepas vs Gelugor

Image
18hb April: PAS Bayan Lepas dan PAS Kawasan Gelugor mengiratkan lagi ukhwah, dengan menganjurkan bolasepak persahabatan yang berlangsung di Padang Kastam , Kampong Kastam Gelugor, Pulau Pinang. Suasana yang penuh meriah ini di hadiri oleh pimpinan PAS Kawasan Gelugor, di ketuai HJ Ali Naib Yang di Pertua PAS Kawasan , Ajk Kawasan. Paling menarik perlawanan bolasepak ini diuruskan oleh penaja PAS Cawangan Taman Tun Sardon, yang baru mesyuarat penajan tak sampai 50 hari.Mereka begitu bersemangat membawa panji panji PAS dalam kegiatan mereka.Dengan menjadikan acara sukan ini sebagai duta kecil mereka menembusi masyarakat luar parti, diyakini mereka mampu membuat satu kejayaan besar dimasa depan kelak. Bergambar sebelum Perlawanan. Arifin antara orang yang bertanggungjawab membawa kejayaan program ini. Pimpinan PAS Kawasan Gelugor, yang bersungguh memberi galakan kepada program Parti

Lebai malang? atau Bangang??

Image
Ini bangunan Cawangan Trafik Tapah Baru terletak di sebelah kiri Jalan Ke Tapah. Ini Balai Polis Baru yang menjadi pintu masuk ke Cawangan Trafik Baru Ini Balai lama yang boleh jadi Musium perang dah, di sebelah ada berek lama.Terletak di seberang jalan ke Tapah. Ini pintu Balai Lama yang menjadi tempat bayaran sahaja???untuk semua urusan trafik. Ini Pintu Gerbang saja baru, laluan masuk balai macam musium ini. Minggu lepas saya menumpang naik merc baru ke Ipoh, dan terus ke Tapah. Tujuan saya nak ambil repot Polis kemalangan kereta saya pada bulan January lepas. Sampai di Balai Polis Tapah baru saya terkenang bulan lepas saya seorang diri memandu melintasi Balai Polis ini, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh melalui jalan lama ini, saya pandang sebelah kanan , dan saya dapat lihat banggunan Balai Polis lama yang usang, dan beberapa bentuk bangunan rumah, serta deretan berek Polis lama, saya dapat bayangkan yang rumah sebuah nampak macam satu bilik itu, mesti rumah ...

Kempen Bermula.

Image
Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor bermula semalam, dimana penamaan calon di jalankan di Kuala Kubu pada sebelah pagi. Seperti biasa penyokong parti berhimpun memberi sokongan kepada calon mereka. Sesak dan bertempik sorak menjadi perkara utama dalam suasana disini. Beberapa insiden yang kurang bijak juga berlaku, dimama cikgu Bad telah di serbu hampir 30 anggota keselamatan, kerana kononya Cikgu Bad memakai pakaian salah, dengan T.shirt yang bergambar dan tulisan Altantunya, tetapi pihak penyokong PR yang ramai telah mengepung pihak keselamatan dan mengasak mereka pergi jauh. Apa yang sensitif dengan baju Altantunya? Disatu sudut lain di lereng bukit sebelah taman mainan, pihak PR yang mengusai bukit telah menggunakan kedudukan baik itu, berkempen bagi melemahkan semangat BN yang kebetulan hanya Kaum India yang saki-baki sahaja berhimpun, kerana UMNO malu dengan calon BN, serta isu Apco woldwide yang di ceburi parti mereka. Saya sempat merakam seorang ya...

Segenggam Obama meluntur Iman Najib

Image
Malaysia halts Iran petrol sales By Kevin Brown Published: April 16 2010 03:00 Last updated: April 16 2010 03:00 Petronas, the Malaysian state oil company, said yesterday it had stopped selling petrol to Iran. The move follows growing pressure from the US to shut off Tehran's access to refined oil products. The company, which is a long-term supplier of Iran , said it had not shipped petrol to Iranian ports since the middle of March. Petronas refused to give further details. However, the disclosure followed a meeting this week between US President Barack Obama and Najib Razak, Malaysian prime minister. Penasihat yang berjaya menasihatkan Najib=UMNO berlawan dengan kawan dan berkawan dengan lawan.

UMNO: MIC perlu menang di Hulu S'gor

Image
PM: MIC perlu menang di Hulu S'gor Apr 16, 10 11:29am MIC, yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Pengerusi BN berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum. "Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil parlimen (diutamakan). "Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditamatkan dan kembali kepada BN. "Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia di Washington sebelum meneruskan lawatannya ke New York...

Guar Cempedak, Anak Yatim di Raikan

Image

Israel : bersihkan Pengacau Islam dulu

Image
Israel Kuasai Baitul Maqdis Timur, Iran Seru Dunia Islam Bertindak Perdana Menteri Rezim Zionis Israel, Benjamin Netanyahu kembali menegaskan tujuan penjajahannya dan ambisi rezim ilegal ini untuk memisahkan Baitul Maqdis dari wilayah Islam. Menurutnya Baitul Maqdis Timur adalah wilayah yang tak terpisahkan dari Israel. Sementara itu, Republik Islam Iran mereaksi pernyataan keras Netanyahu dan menyebutnya sebagai tipu daya rezim ini untuk mensukseskan program judaisasinya di kawasan Baitul Maqdis yang juga menjadi kiblat pertama umat Islam. Sikap ini ditunjukkan Iran melalui Menteri Luar Negeri, Manouchehr Mottaki. Menlu Iran meminta negara-negara Islam untuk secepatnya mereaksi dan bertindak untuk mencegah ambisi Israel. Sejak lama Israel berupaya keras memperluas distrik permukimannya di Baitul Maqdis dan menghapus citra Islam di wilayah ini. Untuk merealisasikan ambisinya, selama bertahun-tahun Israel gencar membangun tempat ibadah di Al-Qods dan merampas peninggalan bersejarah umat...