Menggunakan Anugerah Allah
Pada persembahan tersebut penjualan 20 helai T'Shirt berjumlah RM700 berjaya dikutip untuk mengisi tabung Mutiara Imfaq untuk dibahagikan kepada anak-anak yatim setiap kali Karnival Rakyat Harmoni diadakan.
Selaku penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak-Anak Yatim, saya melihat pertubuhan ini sudah mula bergerak maju, dan harapan saya, ianya akan berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa kelak.
Ini juga memberi perangsang kepada semua orang, supaya menyedari, bahawa apa yang Allah kurniakan kepada kita mampu menjadikannya kerja kejalan Allah, Beramal!
Comments