Lebai malang? atau Bangang??
Ini bangunan Cawangan Trafik Tapah Baru terletak di sebelah kiri Jalan Ke Tapah.
Ini Balai Polis Baru yang menjadi pintu masuk ke Cawangan Trafik Baru
Ini Balai lama yang boleh jadi Musium
perang dah, di sebelah ada berek lama.Terletak di seberang jalan ke Tapah.
Ini pintu Balai Lama yang menjadi tempat bayaran sahaja???untuk semua urusan trafik.
Ini Pintu Gerbang saja baru, laluan masuk balai macam musium ini.
Minggu lepas saya menumpang naik merc baru ke Ipoh, dan terus ke Tapah. Tujuan saya nak ambil repot Polis kemalangan kereta saya pada bulan January lepas. Sampai di Balai Polis Tapah baru saya terkenang bulan lepas saya seorang diri memandu melintasi Balai Polis ini, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh melalui jalan lama ini, saya pandang sebelah kanan , dan saya dapat lihat banggunan Balai Polis lama yang usang, dan beberapa bentuk bangunan rumah, serta deretan berek Polis lama, saya dapat bayangkan yang rumah sebuah nampak macam satu bilik itu, mesti rumah 'Pegawai tinggi Polis zaman itu.Dan sebaris berek Polis mesti, tempat prebbet kelamin dan mereka pasti berkongsi dapor dan bilik air, macam ko0tai kontrak Indon.

Sampai di Balai Tapah saya terus masuk ke Balai Polis Baru yang tingginya 4 Tingkat, tidak termasuk ground floor itu, saya masuk ke pejabat balai untuk bertanya, bagaimana saya nak beli repot Polis yang saya buat di Balai Petani Road, di Pulau Pinang, tetapi kejadiannya berlaku di Tapah.Anggota Polis yang menerima repot saya di Balai Polis Petani Road, Pulau Pinang kata pada saya, 'kamu kena beli repot ibni di Balai Polis Tapah', satu keping nota rujukan pun dia tak beri pada saya.Saya fikir, ini mesti canggih punya urusan Polis Malaysia ni!, tambah lagi, sejak jadi isu 'partnership' dengan agen luar ni.
Bila saya tanya saja, dua anggota polis bertelingkah atas perbezaan pendapat, satu kat, kena beli repot di Pulau Pinang juga, yang satu kata, boleh beli di Balai Tapah saja. Kemudi yang kata boleh beli Bali Tapah kata, 'Kamu kena ke seberang jalan balai lama berurusan dengan Cawangan Trafik !', yang seorang lagi kata , 'tidak sebelah belakang ini, bangunan baru mereka dah pindah !'.Saya fikir saja, tak berani nak cakap, maklum la! pegawai kerajaan.Suka hati kau la, nak berbeza pendapat, yang penting bagi selesai kerja aku.
Saya pun terus ke seberang jalan dengan panas terik dan kereta yang laju melalui jalan ke pekan Tapah, mati pun boleh ni!, fikir saya. Dah sampai di Balai macam musium perang tadi, termasuk dengan lalang yang tinggi.
Fikiran saya terus melayang teringat macam pengalaman saya berkereta di Indonesia, dari Medan ke Tanjong Balai, sampai di satu tempat yang redup dan teduh hutan dan pokok getah, saya lihat ramai orang menjaja air dan makanan ringgan di tepi jalan, dengan gerai dibuat dari anak kayu pokok, tanpa kerusi tapi ada hamparan tikar atas tanah, di belakang peniaga itu ada semak pokok resam dan lalang, yangmana kalau kita dalam keadaan duduk dalam semak itu, pasti tak dapat dilihat orang, begitulah agak tingginya lalang dan resam sekitar penjaja.
Saya minta kawan saya yang memandu lori buruk pickup kecil 'Daihatsu' supaya berhenti dulu, kita minum.Seperti biasa acara saya bila berjalan, mesti nak singgah-singgah!. Kawan saya yang orang seberang itu kata, tak perlu disini, nanti sampai depan lagi kita singgah!, saya terus memujuk dia berhenti dulu minum, akhirnya dia bersetuju, dan berhenti. setelah saya turun kereta dan melintasi jalan yangn sibuk itu, rupanya semua penjaja perempuan,dressup baju boleh tahan, makeup muka daring habis!!. Saya pun duduk bersila atas tikar yang di hamar, pelayan yang menjajaj itu pun duduk sama berdepan dengan saya dan bertanya, 'Abang ndak minum apa' dengan penuh mesra dan senyuman,saya rasa pelik juga, kenapa orang Indon guna bahasa 'Abang' biasanya dia panggil lelaki 'Bapak'. Saya minta Oren dalam botol dan kacang, lalu perempuan manis ini membuka tudung minuman oren tadi, satu untuk saya, satu untuk kawan saya dan satu lagi dia buka juga untuk dia, saya minta kacang dalam peket, dia pun lantas buka satu paket untuk kami berdua, dan satu untuk dia, saya makin pelik dengan kelakuan penjaja ini.
Kemudian dia pun secara penuh mesra bertanya, 'Abang tak mahu ke !', ini sudah bussiness sampingan ni, saya terus bertanya dia, 'Islam ke kamu !', boleh buka tengok, sudah potong, sahutnya ! Saya yang ingit maklumat lagi bertanya dia, 'kalau ndak, dimana jadinya'!, itu, di belakang sana, sambil tangannya menunjukkan hutan lalang dan resam tadi.Mudahnya mereka berpoya-poya dengan driver kenderaan berat yang lalu lalang, tanpa ambil kira 'Allah' yang menjanjikan balasan baik dan buruk.
Saya masuk ke pejabat Balai Trafik yang seram persekitaranya, dan bertanya melalui satu lubang urusan dengan orang ramai, 'saya nak beli repot kemalangan bulan January', maaf encik! kena ke bangunan baru sebab kami telah berpindah! Saya pun keluar menuju bangunan baru yang melintasi jalanraya yang sibuk dan bahaya dengan kelajuan kereta itu. Dibangunan baru pula, setelah saya jelaskan tujuan saya, pegawai Polis tadi pun meng exses komputer, dan mencetak dua salinan repot tadi, setelah di tandatngan oleh saya, dia bawa pula dokumen repot tadi, berjumpa pegawai atasan dan tandatangan pengesahan. Beliau serahkan saya sesalinan dokumen repot tadi dan , 'Kamu pergi ke seberang jalan sana, dan buat bayaran di Balai lama !'.
Betul dan tepat, kawan saya Faiz kata tadi,'Sat lagi dia nanti suruh pi bangunan sana pula, buat bayaran !, lawak yang jadi nyata....
Aku kena lagi.....Ya Allah, Apalah nak jadi dengan negara aku niiii.......
Comments