TAWARAN: Cina Islam



Syafiq (kiri) Zailan(kanan) AJK PAS Kawasan, yang turut serta .













28 April, Balik Pulau, Mohd Tuah,ketua cawangan PAS Titi Teras, memperkenalkan saya kepada seorang saudara baru, Syafiq, yang memeluk Islam 2004 lalu.Saya bagai orang mengantuk disorong bantal, kerana saya sedang membangunkan projek baru denga saudara baru, setelah saya selesai projek anak yatim yang sudah sedia berjalan.

Beliau ditawarkan belajar disebuah kolej Islam di Selangor dan memerlukan sekitar RM2000 untuk pendaftaran dan RM2000 untuk yuran. Beliau mesti dapatkan biaya ini, sebelum 17 May nanti, beliau telah mohon tangguh pada 2 May untuk daftar belajar, kerana tiada wang.

Beliau yang masih tinggal dengan keluarga sendiri, yang belum Islam di Balik Pulau. Syabas! kawan saya Mohd Tuah yang bertindak awal menghebahkan perkara ini, sekaligus memberi peluang kepada sesiapa yang ingin dan ketagih nak buat amal, dengan membeli tawaran Allah, syurga.



Add Image

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan