Kempen Bermula.




Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor bermula semalam, dimana penamaan calon di jalankan di Kuala Kubu pada sebelah pagi. Seperti biasa penyokong parti berhimpun memberi sokongan kepada calon mereka. Sesak dan bertempik sorak menjadi perkara utama dalam suasana disini.


Beberapa insiden yang kurang bijak juga berlaku, dimama cikgu Bad telah di serbu hampir 30 anggota keselamatan, kerana kononya Cikgu Bad memakai pakaian salah, dengan T.shirt yang bergambar dan tulisan Altantunya, tetapi pihak penyokong PR yang ramai telah mengepung pihak keselamatan dan mengasak mereka pergi jauh. Apa yang sensitif dengan baju Altantunya?

Disatu sudut lain di lereng bukit sebelah taman mainan, pihak PR yang mengusai bukit telah menggunakan kedudukan baik itu, berkempen bagi melemahkan semangat BN yang kebetulan hanya Kaum India yang saki-baki sahaja berhimpun, kerana UMNO malu dengan calon BN, serta isu Apco woldwide yang di ceburi parti mereka.

Saya sempat merakam seorang yang memakai baju Keadilan, tetapi tidak bercampur atau berkawan dengan ahli serta penyokong PR yang berhimpun, dalam keadaan terkawal berkempen sorak dan kata mengata itu, beliau sama-sama di celah orang ramai sebelah penyokong PR yang berhimpun itu, tiba-tiba! dia lontarkan botol air ke arah BN dalam kelakuan sembunyikan tangan nya, seolah dia yang memulakan provokasi ini, dan dia berjalan ke tempat lain pula dan dia melontar batu pula. Saya tertanya-tanya , siapa orang ini! setelah saya perhati dan amati dia, tiada siapa yang bercakap atau bersama dengan dia, walaupun dia berjalan di celah khalayak, maupun di padang lapang tanpa orang ramai.
Pihak PR mesti berhati-hati dengan orang begini, dan kalau boleh sediakan pertugas yang mampu menangani pihak ini.

Ada satu masalah rakyat Malaysia, mereka tak peka kepada suasana, dan tak bersedia menghadapi situasi semasa, seperti mana saya lihat peniaga R&R Ulu Bernam di Highway Plus, makanan semua gerai habis jam 7 pagi!, sedangkan berpusu-pusu pengunjung sedang mula singgah sejak 5 pagi lagi, mereka sebagai peniaga seolaha-olah tidak tahu akan gerombolan manusia yang banyak akan melalui situ, dan singgah makan minum dan menggunakan bilik mandi serta tandas. 'Lambat siang' nak jadi peniaga, tapi !!!!

Setelah pengumuman dibuat, 4 calon telah menawar diri bertanding Parlimen Ulu Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing