Posts

Showing posts from April, 2011

Uzai Coperation Bertema Arab

Image
Otak dan badan masih kebingungan dengan perbezaan masa yang berubah di Eropah dan di Malaysia, saya disediakan dengan program malam semalam. Mulanya saya dimaklumkan yang program anak yatim di tangguhkan, tapi satu majlis jamuan pembukaan kios Uzai pula mengambil jadual saya. Majlis yang berjalan di Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas. Temanya, Arab! Kebetulan saya baru sampai dalam 15jam lepas dari Jordan. Acara yang diserikan dengan kumpulan Nashid Rabani dan Mak Ngah, pengacara Radia Kedah, Majlis ini, bertujuan meraikan kejayaan Uzai, wakil jualan dan kakitangan syarikat ini. Meriah meriah!!!

Tarikh Pilihanraya Umum 13.

Image
Keputusan Pilihanraya Negeri Serawak telah diketahui. BN terus berkuasa di Bumi Kenyalang dengan keputusan rakyat dalam bandar memilih PR, manakala rakyat peribumi yang kebanyakkan mendiami pendalaman Serawak atau pinggir bandar terus memilih BN. Barisan 53 DAP 10 PKR 3 SNAP 0 PAS 0 PCM 0 Independent 1 Walau apa cara sekali pun BN gunakan, keputusan yang menjadi penentu pemerintah. Saya mendapat berita ini melalui sms, ketika saya sedang sibuk menguruskan bilik hotel di pinggir Laut Marmara, Bursa, negeri Turkey di sebelah tanah Asia. Aku terus bertanya di kaunter, dimana komputer untuk digunakan dia tujukakn tangan kearah satu komputer di ruang menungu. Aku tanya dia lagi ' herhangi bir sifre , maksudnya, ada password ?dia jawab, sifre yok maknanya, tiada password. Bolehlah saya bahasa Tukey untuk tidak sesat jalan! Saya mencari keputusan Pilihanraya Sarawak melalui Harakahdaily tiada sebarang maklumat, sedangkan masa itu di Malaysia dah jam 1 pagi. Saya terus ke Malaysiakini. Sa...

BERSAKSIKAN ALLAH.

Image
Saya mengerjakan Umrah beberapa hari lalu, sebagai mensyukuri akan nikmat Allah, berikutan selesainya kerja-kerja mendapatkan lesen dua lagi Hospital DBM. 2 tahun lamanya saya berusaha, bekerja dan bersabar serta berdoa, untuk saya nikmati dan kecapi anugerah Allah ini. Sebagai Pengerusi kumpulan DBMhospital. Mana lagi saya nak mengadu dan bersaksi akan kebesaran dan nikmat yang diberikan ini? Semasa di bumi Haram ini, saya telah ditunjukan paparan scren telefon tangan yang tertulis seperti berikut, 'Saya pemberita TV Selangor, Nak minta pandangan Dato berhubung sumpah laknat yang akan di buat oleh Dato'T' di Masjid Jumaat ni'. Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti bagi kerajaan negeri Selangor, kebetulan bersama saya sepanjang ziarah saya ke Turkey dan Umrah kali ini. Beliau yang begitu mesra dengan saya dan keluarga, telah menunjukan paparan telefon beliau, sambil mengeluh, 'Saya dah jawab hal sumpah ni, masa kes Saiful dulu lagi'. sambungnya lagi, ...
Saya di Istanbul

Sarawak : Abrahah dengan Gajahnya

Image
Pendalam Sarawak Macet Menanti Helicopter BN Berkempen, Mereka lari Ke Pendalaman Sebab di Bandar dah DiTawan PR Letih Menunggu PM dan Pasukan Kempen Mereka, Bukan sampai 50 orang pun Dalam Kampung Ni. TPM dan Rombongan Kempen....Jalan ni milik, Laki Tok Tiri Mak Depa ka ? PAS terus gigih dan gagah, bekerja menentang kegilaan BN menipu, dan menyalahguna hak kerajaan dan wang rakyat. Jauh ditengah sungai, berkat semangat dan keyakinan mereka harungi medan tempur. Apa anugerah Allah Disyukuri dan DiGunakan Sebagai Alat Kalau Roboh Kota Melaka, Papan Di Jawa Kami Dirikan. kalau Sungguh Bagai Di Kata, ..................

Anak Yatim Bandar Darul Aman, Kedah

Image
Wajah Suka Anak Yatim Mengusung Hadiah Ir Muhamad Johari Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu Turut Meraikan Anak Yatim. Imam Turut Sama Membantu Anak Yatim Anjuran Mutiara Infaq. Hj Taib Rahman, Lajnah Kebajikan PAS Kubang Pasu Turut Sama. Sebuah Restoran Di Dataran Tanah Merah, Menyediakan Makan Malam Kepada Anak Yatim dan Waris. Malam ini saya berkesempatan bersama rakan Mutiara Infaq, buat program terakhir, bagi bulan April ini. Esok saya akan berlepas ke Istanbul, Turkey. Turkey menjadi bumi terakhir mempunyai Kalifah dan sistem Khalifah, sebelum di jatuhkan oleh pihak BERIKAT(gabungan AS, Britain dan beberapa negara Eropah), Sekarang pihak Berikat ini telah menjelama dalam NATO, BERSEKUTU atau PBB, sekarang. Istanbul yang berasal dari nama Islambul ini, pernah dibebaskan oleh Sultan Muhamad Al Fatih, yang berjaya memecahkan pertahanan kerajaan Bizantin, yang terkuat zaman itu, dan seterusnya mengantikan dengan kerajaan Khalifah Islam. Dua acara menanti saya disana, InsyaAllah . M...

Pimpinan PAS Harapan Malaysia

Image
Beberapa hari kebelakangan ini , banyak forum dan tulisan berbangkit, yang membincangkan masadepan PAS dengan dilibatkan beberapa nama-nama besar, yang terbukti mempunyai kelebihan bagi menaikkan PAS di mata rakyat Malaysia. Bermula dengan Mohd Sabu tawar diri bertanding Timbalan Presiden PAS, kemudiannya web dan blog yang meletakkan harapan kepada Dato Paduka Husam Musa untuk menerajui excekutif parti. Manakala Majlis Syura sebagai pemilik dan penguasa sebenar PAS, diperkasa dengan memasukan Dato Seri Hj Abd Hadi Awang . Husam yang pernah menjadi petugas khas (secara underground) Almarhum Dato Fazil Noor dalam agenda menarik Tengku Razaleigh Hamzah sehingga menjadi S46, dan seterusnya merampas Kelantan 1990. Dan beliau juga antara orang tengah yang digunakan Dato Fazil untuk merampas Dr Mahadir Muhamad, setelah agenda forum dan debat Palastin. Usia Ust Fazil Noor pendek menyebabkan usaha ini terbantut. Sebab itu kita dapati usaha ini diteruskan sementara oleh Ust Hadi, tetapi beliau t...

Sarawak: BN DiBadai.

Image
Lautan Manusia Sarawak Menanti Ketibaan MB Kelantan MB Berangkat Ke Sarawak, Memimpin Gelombang Perubahan Mampukah Najib bertahan dengan Tsunami politik Sarawak yang semakin bergelora membadai semua bandar utama , Miri, Sibu, Kucing, Seri Aman, Sarikei, Tebeduk dan lain yang lebih kecil bandarnya. YAB Taib Mahmud dah tak sempat berlari lagi, dengan usianya yang hanya bertahan dengan Tongkat Ali saja tu. Ketibaan Menteri Besar Kelantan di Sarawak telah menggugat kedudukan selamat BN disana. Beliau dilihat memimpin gelombang perubahan rakyat Sarawak yang berbilang keturunan, dan suku kaum. Bila ditanya orang Sarawak, tidak ada yang tidak kenal dengan MB Kelantan, yang mereka juga panggil 'Tok Guru'. Walaupun hari ini hari bekerja , semalam rakyat dan pengundi Sarawak tetap memenuhi semua majlis PR diseluruh bandar utama.

Helikopter Bawa TPM Terbalik. Sarawak Juga Terbalik

Image
Sebuah helikopter yang dipercayai membawa rombongan timbalan perdana menteri terbalik ketika hendak berlepas dari sebuah padang dekat Wisma Sanyan. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan penumpangnya di situ. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

OMEGA: Jam Selamatkan BN Sarawak?

Image
UMNO dan BN sedang berhempas pulas untuk menutup kelemahan pentadbiran. Sejak Najib umumkan berbagai pelancaran dan taburan janji kemewahan kepada rakyat Malaysia, walaupun tiada yang tertunai. Contoh terdekat, Kementerian Pelajaran mengumumkan pemberian RM7,500 seorang kepada 924 guru besar di seluruh negara yang meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Ba'iah). Tawaran Baru itu adalah satu inisiatif dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang menawarkan ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru yang meningkatkan prestasi sekolah melepasi sasaran ditetapkan kementerian iaitu seramai 12.1 peratus, pertambahan 600 peratus daripada j angkaan asal dua peratus.Sejumlah RM6.9 juta diperuntukkan untuk menyempurnakan insentif itu dan mereka bakal menerima ganjaran itu pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). i.Sampai hari ini dah 5 bulan janji, pelancaran oleh Ment...

Kerja KADUN Pulau Betong

Image
Sebahagian dari Peserta Konvoi Di Perkarangan Masjid Kg Perlis . Wanita Dan Anak Yatim Yang Hadir Di Perkarangan Masjid Kg Perlis. DUN Pulau Betong . Dato Speaker, Hj Halim Husain Menyerahkan Barangan Mewakili Mutiara Infaq . Penyelaras KADUN Pulau Betong, Hj Mohd Tuah . Mutiara Infaq dan Tunas Indah Niaga akan adakan 20 hari penuh Festival Bermula 18 April Meraikan Beliau, di Perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau.

Konvoi Mencari Anak Yatim Kampong Kepala Gajah

Image
Singgah Sebentar di Masjid Kepala Gajah, Simpang Ampat Tasek . Mengalu-alukan Tetamu dan PimpinanTempatan, Sebelum Beri Sumbangan Bersama JKKK Kepala Gajah, Membantu Anak Yatim Tempatan . JKKK Sediakan Makan Tengahari Ala Kampung, Sedap Sungguh. Konvoi Semakin Membesar Bergerak ke Kampong Kepala Gajah .

Bersama KADUN Penaga

Image
Pelancaran Majlis Dengan Menarik buka Banting di Dewan Padi Lahar Kepa r Penduduk Lahar Kepar Memenuhi Ruang Dalam dan Luar Dewan. Penaga Bakal Jadi PAS. 8 pagi Majlis Penyerahan Baju'T' dan Duit Minyak Kepada Penunggang Motosikal Majlis Konvoi yang berjalan sehari suntuk, dari Penaga ke Jelutong sangat berjaya. Sebagai Penasihat Mutiara Infaq , komiti anak yatim, sangat Berbaloi dengan perbelanjaan besar yang digunakan bagi menghasilkan program besar ini. Deretan Motor Ikut Konvoi Dengan Tema Jingga. Sumbangan Dari Mutiara Infaq. Bersama Yasir Said dan Rooker Blank.

Malaysia: Telur dan Orang Tiruan

Image
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat dari...

Konvoi Mencari Anak Yatim

Image
9 April, Sabtu: Akan berlangsungnya Konvoi Kembara Pandu Selamat Generasi Pewaris anjuran Persatuan Mutiara Infaq dengan kerjasama dan sokongan Penyelaras DUN Penaga, Sg Aceh dan Pulau Betong. Kembara yang akan bermula jam 8 pagi di Dewan Orang Ramai Penaga, Semua motor yang terlibat akan berhimpun disana dan mendapat taklimat dari bekas pelumba motor Malaysia, Yasir Said. Setelah dibekalkan dengan baju 'T' dan Pelekat kempen, konvoi motor ini akan bergerak ke Lahar Kepar untuk sampaikan sumbangan kepada anak anak yatim tempatan. Disini rombongan akan disambut oleh Tuan Hj Rosdi Hussain Penyelaras DUN Penaga dan dijamu makan pagi. Sumbangan akan disampaikan bersama tetamu utama majlis di Dewan Padi Lahar Kepar dan beberapa acara bersama penduduk tempatan akan berlangsung serentak. Konvoi motor ini akan berlepas ke Surau Kepala Gajah, Simpang Ampat Tasek.. Dijangka mereka akan tiba di Taman Kepala Gajah jam 12 tengahari, dan dijamu dengan makan tengahari menu ala kampung oleh J...

Anak Yatim Sungai Kob di Raikan

Image
Sulaiman Ahli Majlis MPK sedang sampaikan sumbangan . Penggerai Turut Sampaikan Sumbangan Anak Yatim Yang Sentiasa Mendapat Habuan Nah! Lambakan Hadiah dan Sumbangan Sehingga Terpaksa diBantu Waris .