Tarikh Pilihanraya Umum 13.

Keputusan Pilihanraya Negeri Serawak telah diketahui. BN terus berkuasa di Bumi Kenyalang dengan keputusan rakyat dalam bandar memilih PR, manakala rakyat peribumi yang kebanyakkan mendiami pendalaman Serawak atau pinggir bandar terus memilih BN.

Barisan 53
DAP 10
PKR 3
SNAP 0
PAS 0
PCM 0
Independent 1

Walau apa cara sekali pun BN gunakan, keputusan yang menjadi penentu pemerintah. Saya mendapat berita ini melalui sms, ketika saya sedang sibuk menguruskan bilik hotel di pinggir Laut Marmara, Bursa, negeri Turkey di sebelah tanah Asia. Aku terus bertanya di kaunter, dimana komputer untuk digunakan dia tujukakn tangan kearah satu komputer di ruang menungu. Aku tanya dia lagi 'herhangi bir sifre , maksudnya, ada password ?dia jawab, sifre yok maknanya, tiada password. Bolehlah saya bahasa Tukey untuk tidak sesat jalan!

Saya mencari keputusan Pilihanraya Sarawak melalui Harakahdaily tiada sebarang maklumat, sedangkan masa itu di Malaysia dah jam 1 pagi. Saya terus ke Malaysiakini. Saya dapat maklumat hampir lengkap disana. PAS kalah 100%, 5 kerusi yang di tandingi PAS, kalah kesemuanya.

PAS terus merudum dengan keputusan pilihanraya dan persiapan bagi parti untuk menuju masa depan. Harakahdaily yang tidak update, sehingga jam 1 pagi selepas hari pilihanraya, sedangkan Taib Mahmud angkat sumpah 10.40 malam, sebaik dapat majoriti kerusi.

Harakahdaily merudum ke tangga 56 berbanding Utusanonline ditangga 22. Bayangkan, semasa PRU 12 Harakahdaily berada di rangking bawah 20 media altenatif yang menjadi pilihan pelayar internet. Harakah cetak telah menurun lebih separuh dari jumlah semasa PRU 12. Pengundi muda di saluran 4 dan 5 pada PRK 3 terakhir, memberi respon yang buruk kepada PAS.

Maklumat di Malaysia memberi angin, bahawa Najib mungkin buat Pilihanraya Umum 13 selepas Muktamar PAS nanti. Kerana dia berharapkan PAS akan dikuasai oleh kumpulan yang menolak kerjasama PR, selepas ini. Dengan perkembangan pemilihan Mesyuarat Agong Kawasan PAS, memungkinkan kehendak BN menjadi realiti. BN tahu kekuatan akar umbi dan jentera berada pada PAS, taktik dan isu milik PKR, dan penguasaan masyarakat bandar dan kaum Cina yang dimenangi DAP ini kalau terus bergabung, agak sukar Najib nak buat sejarah dalam masa pemerintahanya.

Bila saya berada atas kapal terbang dari Kuala Lumpur Ke Pulau Pinang, baru saya dapa
t akbar arus perdana Malaysia. Tajuk akbar amat pelik, PERKASA kecam Azmin Ali kerana kenyataan kepada Mustapa Ali Setiaudaha PAS.
Sampai dirumah, saya layari internet, lebih ganjil tajuknya 'Mustapa Ali: PAS akan tetap bersama PR. Mat Sabu pula buat keyataan akbar, dengan menegaskan, kenyataan PAS bersama pakatan rakyat mesti dari Parti, bukan individu. Dalam masa yang sama Najib memperlawa PAS.

Dengan perkembangan prestasi PAS ini, adakan ahli serta perwakilan PAS akan buat di Muktamar ini? Atau, maklumat yang Najib tunggu Muktamar PAS untuk PRU 13 akan jadi kebenaran??

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan