Pimpinan PAS Harapan Malaysia


Beberapa hari kebelakangan ini, banyak forum dan tulisan berbangkit, yang membincangkan masadepan PAS dengan dilibatkan beberapa nama-nama besar, yang terbukti mempunyai kelebihan bagi menaikkan PAS di mata rakyat Malaysia.

Bermula dengan Mohd Sabu tawar diri bertanding Timbalan Presiden PAS, kemudiannya web dan blog yang meletakkan harapan kepada Dato Paduka Husam Musa untuk menerajui excekutif parti. Manakala Majlis Syura sebagai pemilik dan penguasa sebenar PAS, diperkasa dengan memasukan Dato Seri Hj Abd Hadi Awang.

Husam yang pernah menjadi petugas khas (secara underground) Almarhum Dato Fazil Noor dalam agenda menarik Tengku Razaleigh Hamzah sehingga menjadi S46, dan seterusnya merampas Kelantan 1990. Dan beliau juga antara orang tengah yang digunakan Dato Fazil untuk merampas Dr Mahadir Muhamad, setelah agenda forum dan debat Palastin. Usia Ust Fazil Noor pendek menyebabkan usaha ini terbantut. Sebab itu kita dapati usaha ini diteruskan sementara oleh Ust Hadi, tetapi beliau tidak mampu bedepan dengan ahli seperti mana Almarhum Ust Fazil berdepan dengan Jawatankuasa Pusat, semasa bergabung dengan Anuar Ibrahim, sejak hari mula Anuar di pecat.

Buat masa sekarang, menjadikan Husam sebagai Presiden PAS, sesuatu yang mungkin mustahil, tetapi bukan tidak mungkin berlaku. Kalau Ust Hadi dapat melihat kekuatan PAS dari sudut Majlis Syura, say kira, barulah PAS boleh dibentuk sebagai parti yang memimpin Malaysia dan pastinya rakyat Malaysia dari pelbagai kaum menerima PAS.

Timbalan presiden PAS yang menjadi harapan Malaysia pula, terdiri dari Mohd Sabu yang dikenali dengan demonstrasi dan kelucuan ceramahnya.

Dr Mujahid juga tidak kurang hebatnya dimata rakyat Malaysia yang akan menjadikan PAS Parti memerintah Malaysia. Beliau yang dilihat waris PAS, dan dengan keustazan, dan menguasai ilmu pengurusan sumber manusia, sehingga peingkat Doktor falsafah. Rekod besarnya memecah tradisi gerakan Islam dunia moden, dengan menjadikan bukan Islam sebahagian dari ahli Parti Islam, bermula dengan Kelab Peyokong PAS, sehingga Dewan Himpunan Peyokong PAS. Dan sekarang terus menjelajah Gereja seluruh Malaysia bagi mengembangkan PAS.

Dato Seri Nizar Jamaludin pula dilihat sebagai nafas baru kepada PAS untuk memecah keraguan rakyat Malaysia, akan kemampuan PAS memerintah.

Mampukah PAS meletakkan parti ini sebagai harapan rakyat Malaysia, terserah kepada perwakilan Muktamar.

D
ato Husam Bin Musa.Beliau belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975).
Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).
Universiti Malaya (1980-1983) dan
Mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).


Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993).

Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).

Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987).

Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan

Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999).

Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.

Naib Presiden PAS (2005-09).

Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999.

Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.

Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08). Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - ) dan Panel Penasihat PENGASIH.


Dr Mujahid bin Yusof Ar-Rawa
.Ijazah Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007- )
  • Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- )
  • AJK PAS Pusat (2005- )
  • AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang
  • Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
  • Guru Bahasa Arab
  • Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
  • Pensyarah Universiti Multimedia, Melaka Bandar Raya Bersejarah (1999-2004) Universiti Multimedia

Dato Seri Mohammad Nizar Bin Jamaludin.
Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

Mohammad Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang 2008.

Berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang,Roslan Shaharum dari PAS, satu Pilihanraya kecil telah diadakan pada 7 April 2009.Mohammad Nizar telah bertanding atas tiket PAS dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut bagi parti PAS.

Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpinPAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan