Muslimat Mendahului
Mesyuarat Agong Muslimat PAS Kawasan Padang Terap Sedang Berlansung Perasmiannya.
Muslimat PAS Padang Terap menunjukkan kesungguhan dan kekuatan parti, apabila Mesyuart Agong Muslimat PAS Kawasan berjaya memenuhi ruang dan bangku yang disediakan. Melihatkan kepada suasan ini maka, jauh lagi UMNO akan dapat berkuasa semula di Kedah, melainkan mereka mengimpot ribuan pengundi yang dirakyat Malaysiakan dengan kad pengenalan percuma bagi tujuan mengundi . Akibatnya, negara menanggung rugi besar dari segi sosial, ekonomi, yang terpenting 'Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara' yang tiada pada mereka ini, dan masa depan negara pasti tergadai.
Di Pulau Pinang contohnya, kalau diambil kira perbandingan kelahiran, Orang Melayu melahirkan melebihi 4 orang anak setiap keluarga. Melayu berkahwin muda, dan lebih ramai berkahwain dari membujang. Orang Cina pula, kebanyakkan melahirkan kurang dari 2 orang setiap keluarga. Cina berkahwin lewat usia, dan ramai membujang sampai tua. Situasi ini yang berlaku di Pulau Pinang, yang dapat kita ambil dari 25 tahun lalu atau yang dapat kita lihat secara zahir. Orang India pula, perbandingan lebih kurang dengan Melayu.
Semua anak Pulau Pinang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Jenis Kebangsaan. Makna
nya, semua fasih bertutur Bahasa Malaysia yang dijadikan Bahasa Kebangsaan. Tetapi keadaan jadi sebaliknya, Penduduk Cina bertambah lebih ramai dan terus menguasai ekonomi. Penduduk Melayu merosot dan berpindah ke negeri jiran, untok mengelak bersaing atau kalah bersaing. India pula terus berada dalam Pulau dan meningkat dari segi penguasaan ekonomi.
Satu keganjilan mereka yang bangsa Cina ramai bertambah dan Melayu yang bertambah ini, sebahagian mereka apabila ditahan polis, mereka tak boleh bertutur Bahasa Malaysia. Mereka ini kalau kita rapat, mereka akan mendedahkan yang mereka memiliki kad pengenalan semasa hampir Pilihanraya Umum.
Semasa saya ke Sabah, keadaan yang sama kita boleh temui di sana. Pada tahun 2002, Sabah telah dikunjungi oleh sepasukan Jabatan Pendaftaran bagi menyelesaikan masalah 6o ribu
rakyat Pakistan yang memiliki Kad Pengenalan Malaysia di sana, dan dari sana mereka masuk keSemenanjung Malaysia. Pendatang Filipina dan Indonesia sudah menjadi lumrah, mereka bercakap yang mereka akan mendapat kad pengenalan masa pilihanraya.Apa pun Syabas kepada YB Nasir Ahli Parlimen yang muda belia ni, dan Tahniah Muslimat PAS Padang Terap , kepada Muslimin jangan jadi Muslimut !!
Comments