Posts

Rombakan exco Kedah, dua muka baru dilantik Rabu, 2010 Mac 10 Dua muka baru menyertai senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah, manakala lapan lagi dilantik semula ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun lagi. Dua muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Show Kang. Dua exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

cabutan bertuah

Image
Kepala Batas, Pulau Pinang, 8 Mac; Expo Riang Ria yang berjalan sebulan di atas tanah MAIPP, ditutup dengan cabutan bertuah berupa 45 hadiah barangan dapur, barangan elektrik dan motosikal. Majlis yang di sempurnakan oleh Zaini Aboo Hassan, Drs Nazri Abdullah, Ahli Majlis MPSP sdr Zaini

perjalanan

Image
7 mac 2010; Sekali lagi PAS kembangkan perjuangannya menebusi tembuk tegar yang terbina di Malaysia untuk menghalang berita Islam, kini gereja Convent, Pulau Tikus, menjadi tempat penjelasan PAS kepada penganut Kristian.Penjelasan berhubung pegangan PAS dalam membuat sebarang keputusan, akan di asakan kepada rujukan Al-Quran dan Sunah Nabi, PAS tidak akan menggunakan emosi atau akal tanpa rujukan, penjelasan dibuat oleh Dr Mujahid Yusof Rawa pada jam 4 petang tadi. Pada majlis ini saya turut bawa keluarga bersama. ketika membelok masuk ke pintu pagar gereja, anak-anak saya mula bersuara, 'haih.. ayah berdosa ayah, haram ayah, awat ayah masuk gereja, biar betoi.. ayah' kata yang keluar serentak dari semua anak.Suhail yang no 3 agak kedepan berfikir agaknya, bertanya! tak salah ka ayah, masuk gereja? tak berdosa ka? Saya terus melayan, 'masuk untuk berdawah' wajib, masuk untuk ikut ugama kristen, Haram dan neraka'! kata saya . Semua peristiwa ini mengigatkan saya Seou...

Ke Pendang lagi

Image
28 Feb 2010.Anak yatim sekali lagi di raikan, dengan hadiah barangan dan wang dari Expo Belia Niaga Kedah, yang berlangsung selama sepuluh hari di Mini Stadium Pendang, Kedah. Suasana yang meriah dengan sambutan orang ramai, telah memberi rangsangan kepada penganjur, untuk terus meningkatkan lagi usaha membantu anak yatim, yang berada di rumah mereka sendiri. Majlis kali kedua yang berlangsung di Pendang ini, bertambah meriah dengan sokongan dan kerjasama dari Amal Nisa' Pendang. Nisa telah berkhidmat bersama membantu melancarkan lagi acara pentas dan lawatan gerai.Tahniah kepada Nisa, Pendang. Majlis yang berjalan dari jam 8.30 malam, bermula dengan jamuan makan kapada anak yatim dan waris serta VIP. Majlis berbesar hati dengan Setaiusaha PAS Kawasan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Perbandaran Pendang, Hj Sobri, juga diringi 2 orang ahli Majlis.

Qualiti, Harga di Tawar

Image
28 Feb 2010, Majlis penyampain sumbangan anak yatim anjuran Mutiara Infaq, yang saya jadi penasihat persatuan, telah dijalankan di Mini Stadium Pendang. Majlis Alhamdullilah, mengatasi semua sambutan dan keraian yang pernah diadakan di Kedah , peniaga dan kios yang banyak, pengunjung melimpah dan acara pentas yang padat setiap malam. Expo Belia Niaga Kedah ini memangnya telah berjalan sebanyak 11 tempat dan mendapat 'ratting' yang tinggi dari banyak pihak, kawan saya yang menjadi kodinator majlis ini, ada talent dalam menganjur dan menarik minat peserta.Cuma pihak Kerajaan Kedah dan Parti nampak tak berminat, sedangkan mereka menarik ramai peserta yang terdiri dari perbagai klas, dan profesyen. Parti dan Kerajaan nampak macam tak mesra perniaga, dari cara mereka melayan surat dan permohonan kawan saya ini untuk berjumpa dan berbincang bagi menambah baik kesan kepada Kerajaan. Ada perkara yang kurang kerjasama dari layanan kerajaan tempatan(PBT) sebagai contoh, Dr Masyitah UM...

besi terpakai bertukar duit

Image
Modifikasi, atau ubah suai, satu kreativiti yang banyak membantu sesorang itu menjadi terkenal, atau berubah menjadi jutawan. Di Jawi, Seberang Perai, sebuah workshop yang jauh dari kekalutan kota, telah beroperasi menjadikan absober terpakai dibaik pulih atau 'recond'. Saya agak kagum melihat ramai pekerja seperti sebuah kilang kecil yang beroperasi, mundar mandir pemuda pemuda Melayu sibuk denngan urusan kerja dan yang tertumpu di meja workshop, menggambarkan kepada saya bertapa sibuknya perusahaan ini.Saya juga melihat kehebatan perusahaan dan perniagaan yang tak perlu kepada apa apa keistimewaan atau kelulusan pendidikan yang tinggi, cuma yang perlu ada ketekunan dan nilai kreativiti dan penumpuan. Saya meneman seorang kawan yang nak mem,baiki absober kerisi pajero yang dia anggap rasak.Sampai disana, dalam terpinga-pinga kagum melihat suasana workshop, saya di jemput masuk ke satu bilik kecil berkaca separuh. Didalam saya di perkenalkan dengan seorang pemuda Cina yang na...

Lepas Peluang?

Image
Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam. Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengesyorkan agar semua agama di negara ini tidak membenarkan perarakan keagamaan masing-masing di jalan raya. “Saya melihat secara lebih luas, bukan isu di Pulau Pinang sahaja. Saya berpendapat mana-mana agama tidak wajar menganjurkan perarakan sempena hari-hari tertentu perayaan mereka. “Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain... buatlah di tempat-tempat ibadat masing-masing tanpa menyukarkan orang lain,” kata beliau. “Di negara Arab Saudi tidak ada perarakan Maulidur Rasul, di India pun saya rasa tiada perarakan sempena Thaipusam...,” kata...