perjalanan
7 mac 2010; Sekali lagi PAS kembangkan perjuangannya menebusi tembuk tegar yang terbina di Malaysia untuk menghalang berita Islam, kini gereja Convent, Pulau Tikus, menjadi tempat penjelasan PAS kepada penganut Kristian.Penjelasan berhubung pegangan PAS dalam membuat sebarang keputusan, akan di asakan kepada rujukan Al-Quran dan Sunah Nabi, PAS tidak akan menggunakan emosi atau akal tanpa rujukan, penjelasan dibuat oleh Dr Mujahid Yusof Rawa pada jam 4 petang tadi.
Pada majlis ini saya turut bawa keluarga bersama. ketika membelok masuk ke pintu pagar gereja, anak-anak saya mula bersuara, 'haih.. ayah berdosa ayah, haram ayah, awat ayah masuk gereja, biar betoi.. ayah' kata yang keluar serentak dari semua anak.Suhail yang no 3 agak kedepan berfikir agaknya, bertanya! tak salah ka ayah, masuk gereja? tak berdosa ka? Saya terus melayan, 'masuk untuk berdawah' wajib, masuk untuk ikut ugama kristen, Haram dan neraka'! kata saya .
Semua peristiwa ini mengigatkan saya Seoul, pada waktu tengah hari, sedang saya berjalan kaki mencari Masjid Jamik, Seoul.Kebiasaan saya musafir, saya akan cari Masjid untuk berkenalan dan mencari makanan halal. sedang saya terasak dalam arus manusia yang ramai berjalan kaki itu saya di sapakan oleh seorang lelaki denngan berkata 'come with me my brother to the house of Jesus ! Muslim gives nothing
to you' seru dia,dalam bahasa Inggeris dan loghat yang saya pun pening. Masa itu saya dalam zaman mangambil pendekatan lari dan jauhkan diri dari agama lain, saya rasa jika zaman sekarang mungkin saya akan bertindak ikut dia untuk memperkenalkan ALLAH dan Muhammad SAW.
Masa petang tadi di gereja, isteri saya berkesempatan bercakap dan bertukar pemikiran dengan gadis sebelah dia yang bernama Jillian. dia bertanya maksud ucapan Dr Mujahid, seperti 'Kalimah' ALLAH, 'Syahadah', setelah isteri saya perjelaskan, isteri saya bertanya Jillian,kamu tahu Muhammad?, dia kata, dia tak tahu siapa itu! setelah di jeaskan, dia zahirkan kefahaman sebenar dia selama ini,dia, ingatkan sambutan Maulid Rasul itu sembah orang yang bernama Muhammad, yang dia kira Tuhan bagi orang Islam. Begitulah 50 tahun, Malaysia buat pelbagai sambutan Islam, tapi tiada kesan dan kefahaman kepada masyarakat, sekolah kebangsaan yang beribu buah, juga tidak meninggalkan kesan pada masyarakat, UMNO jaga Islam apa? marah bila bila PAS berkawan dengan DAP, sebab baru setahun dah ada YB DAP baca Quran dan Hadis dalam versi Arab,kononnya hina Islam(dia rujuk kitab hikayat Melayu mana entah)
Jillian, dia bekerja dengan gereja ini, tapi bukan Nan, maksudnya boleh kahwin , tapi dia tak kahwin,(saya kata pada isteri saya ,saya booking yang ini no!!) bila isteri saya tanya kenapa tak kahwin, dia kata, dia lihat banyak orang bercerai!, dia ada kakak juga tak kahwin, semua kerana tak nak ambil risiko bercerai dan alasan mereka biasanya rugi perempuan, kerana terpaksa beranak dan menyara keluarga, ini pendapat perempuan moden yang menolak hidup normal berkeluarga, kerana kononya keadilan(buta tuli)tak ada pada dunia perempuan yang di tinggalkan, sedangkan masa tua dia , tak dia fikirkan.
Manusia 'urban' atau manusia tamadun, biasanya berfikir dan menyediakan perancangan hidup sepuluh, dua puluh tahun ke hadapan. contohnya skim EPF, Pencen, insuran,beli rumah pinjaman 20 tahun, ini semua adalah pemikiran dan gaya hidup serta perancangan masyarakat bandar, atau masyarakat tamadun,kalau masyarakat luar dari linkaran bandar dan luar dari tamadun, mereka akan kais pagi makan pai, kais petang makan petang.
Untuk sukatan pula, orang tamadun dan masyarakat bandar ini, akan mengira dalam angka dan sukatan yang lebih kecil dan lebih terperinci, contohnya, kalau kiraan , dia kira minit dan saat bagi menyatakan sesuatu janka waktu, kalau dulu orang akan sebut 'sepurnama','sepekan' dan seumpamanya, kalau sukatan akan dikira dalam kiraan mikrogram,mililiter, kalau jarak sentimeter.
Runtuhnya kebudayaan hakiki manusia, dalam kejahatan pengaruh orang orang yang ingkar peraturan dan hukum Allah. Saya minta Isteri saya ambil nombor telepon Jullian(ada peluang, pahala bawa masuk Islam dan pahala 'Payung Emas' Islam ni) untuk terus berhubung dan menjelaskan Islam, sebab Jullian ni kagum dengan Isteri saya yang boleh sebut 25 nama nabi, dan satu lagi dia berminat ialah, persamaan kepercayaan bahawa Nabi Isa a.s, akan diturunkan Allah pada akhir zaman, untuk selamatkan dunia dari Dajjal.
Comments