Evidence
28-mac , jam sekitar 1.30, sedang saya nak mulakan taklimat dan diskusi bersama kakitangan DBM Hospital Cawangan Gelugor, Pulau Pinang, saya menerima panggilan telepon dari saudara saya , memaklumkan Dato Paduka Husam Musa berada di Airport Penang, dan cuba hubungi saya, gagal!
Saya telepon Dato Husam dan bertanya dimana dia, 'Apa hang, dok mana, call tak dapat',cubaan Husam berbahasa loghat Penang. Saya kata ada Gelugor, Penang!,yang mai, tak habaq awai,, pasai!, kalau di airport nanti saya pergi ambil! jawab saya sebagai komitmen kawan.
Saya selesaikan urusan taklimat yang dipendekkan saya 30 minit, terus ke airpot, di sana saya lihat dia di Coffee Bean.Saya ajak dia minum di luar, dia kata, nak cari pasembur, lalu saya bawa dia ke sebuah kedai di tengah pekan Bayan Lepas, bertentangan dengan rumah Al Marhum Hj Mansor JP, bendahari pertama PAS,berbangsa Cina dan berasal dari Tanah Besar Cina, di dalam pagar halaman, hadapan rumah itu ada sebuah rumah kecil, yang dijadikan persinggahan dan berehat bagi pelayaran orang-orang dari tanah besar Cina, yang dalam perjalanan ke barat,Mekah atau India serta Eropah pada masa lalu, dan di gunakan sehingga sekitar tahun 70an. Semasa berjalan ke kereta, saya maklum bahawa Ustaz Idris Ahmad ada di Penang, lantas Husam jawab, ada tadi! dia jalan depan Coffee Bean dengan gaya mendongak keatas, tegur dia dan ajak dia minum, dia kata nak ke tandas , sampai sekarang tak nampak rupa! adu Husam.
Semasa di kedai makan, kami sempat berbual dan bergambar dengan tuan kedai mamak tadi, dari dalam restoran itu kami boleh melihat rumah bersejarah itu, rumah itu juga pernah menerima tetamu besar satu masa dulu,'Dr Burhanuddin Helmi', Ustaz Murshid anak Hj Mansor JP pernah ceritakan pada saya. Tuan kedai, Haniffa namanya!, dia kata dia kenal dengan Mansor JP, dan pernah bersama di kedai dan beberapa kegiatan. Ini saksi dan barang antik yang akan hilang! kata Husam.

Comments