Qualiti, Harga di Tawar


28 Feb 2010, Majlis penyampain sumbangan anak yatim anjuran Mutiara Infaq, yang saya jadi penasihat persatuan, telah dijalankan di Mini Stadium Pendang.
Majlis Alhamdullilah, mengatasi semua sambutan dan keraian yang pernah diadakan di Kedah , peniaga dan kios yang banyak, pengunjung melimpah dan acara pentas yang padat setiap malam.
Expo Belia Niaga Kedah ini memangnya telah berjalan sebanyak 11 tempat dan mendapat 'ratting' yang tinggi dari banyak pihak, kawan saya yang menjadi kodinator majlis ini, ada talent dalam menganjur dan menarik minat peserta.Cuma pihak Kerajaan Kedah dan Parti nampak tak berminat, sedangkan mereka menarik ramai peserta yang terdiri dari perbagai klas, dan profesyen. Parti dan Kerajaan nampak macam tak mesra perniaga, dari cara mereka melayan surat dan permohonan kawan saya ini untuk berjumpa dan berbincang bagi menambah baik kesan kepada Kerajaan.
Ada perkara yang kurang kerjasama dari layanan kerajaan tempatan(PBT) sebagai contoh, Dr Masyitah UMNO sewa buat pesta sebulan, PBT kenakan bayaran RM 5000.00, sedangkan kawan saya yang bawa mandat Kerajaan Kedah PBT kenakan bayaran RM45,000. untuk 10 hari Expo Belia Niaga Kedah.
Nak jadikan tekana supaya Kerajaan berunding, kawan saya 'partner' dengan NGO. UMNO di Tanjung Dawai ,UMNO sewa RM4000 saja dan pimpinan dia naik pentas, maka berlari lah semua EXCO dan para politikus Kedah, mereka jemput berunding.
Setelah berunding dan berdepan dengan pihak PBT yang sombong didepan EXCO, lalu di tetapkan harga Mini Stadium Pendang RM15,000.00 dengan kalam, kalau nak tempat kami ikut sewa kami, lain PBT, lain cara! bertitah orang besar PBT tadi.
Malam 28 feb, saya terlibat majlis anak yatim, selepas makan saya ke tandas, MasyaAllah, macam ni punya tandas,pecah, lecah, dan pintu kunci rosak, RM15,000.00!!
Peniaga mesti lihat kerajaan lembik nak berurus niaga, kualiti tak ada pada Harga. Jadi tukarlah cara berfikir dan berurusan serta cara memberi perkhidmatan supaya setimpal

Comments

Mizi@Zie said…
kenapa begini jadinya....pihak PBT yg sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan tempatan atau kerajaan tempatan yang tidak nampak keberkesanan program tersebut maka PBT mengambil kesempatan mengaut keuntungan....pihak penganjur perlu bekerja keras menerangkan hal sebenar kepada kerajaan tanpa melalui PBT yg mungkin ada sikap seperti UMNO jugak

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing