Hut Hut zaman siber
Hari ini saya diminta temankan kawan untuk ke Sungai Petani, disana ada janji dengan konsultan , dengan Planer dan dengan Penolong Pegawai Daerah. Kawan saya ni dah lama dah, dia usung gran tanah nak majukan buat lot, lepas satu pihak ke satu pihak dia betanya kaeadah terbaik untuk majukan tanah dia ni, cuma tak jadi lagi ........!
Di Sungai Petani, saya jumpa banyak pemuda dan dewasa Melayu profesional, yang menjadi pemilik kepada perniagaan perunding, perancang, juru ukur, juru nilai,mereka memang membanggakan, tetapi agak tenggelam perniagaan mereka ini, kadangkala terlalu bergantung dengan projek kerajaan, kadangkala 'link' mereka dikalangan Melayu mereka sahaja, tapi apa pun dari pengalaman dan pengamatan saya, mereka ini semua jutawan belaka. Bila saya kata begitu, kawan saya bertanya saya, macam mana hang tau? Saya kata, saya bila lama berniaga dan berurusan dengan orang ni ! saya dapat lihat character dan kekuatan perniagaan seseorang hampir tepat.
Tadi pagi saya bertukar pandangan dengan seorang kawan, yang mengusahakan perasa sambal Char Koew Teaw, dengan kekuatan beliau membekal 'bertan' perasa ini sehari ke seluruh stall Char Koew Teaw seluruh utara Semenanjung ini. Beliau bercerita yang dia baru saja selesaikan masalah perniagaan beliau yang di pecah amanah oleh pekerja yang beliau letakkan kepercayaan, buka baru, dah lama kerja dah! katanya. Berlaku dua bulan lalu apabila dia sedari yang jualannya merosot, sedangkan barang dan stock terpaksa di tambah.
Yang dia perasan, dia tak suka satu orang kawan kepada pekerja dia ni, dari hari pertama orang ini datang di perusahaan, dia bersembang dan berkawan, dia dah rasa tak suka dengan orang ini, macam ada sesuatu yang tak kena! ceritanya,akhirnya orang inilah berpakat dengan pekerja setia dia, nak buat sendiri perniagaan tadi, sebaliknya mencuri bahan mentah dan yang siap, serta mencampur air supaya timbangan lebih, masa jual ke pelanggan.
Saya pun bercerita, bagaimana seorang pegawai atau pengurus bank yang bertugas, akan di latih mengenali Charecter pelanggan, sebaik pelanggan tadi berjalan masuk ke bank itu. Kita pula berlatih dan belajar dari pengalaman! saya behujah. Saya biasanya boleh rasa dan agak seseorang itu bila dia datang berurusan, samada nak menipu, nak ambil kesempatan,menumpang, atau nak berurusan perniagaan, tapi, biasanya walau pun dah agak, saya akan kena juga, atas sifat belas ihsan, tau dah! dia tak cakap benar, tapi memandangkan hubungan saudara, atau dia ada anak dan keluarga yang perlu simpati kita, kita akan bagi peluang juga .Tunggu sajalah bila nak kena!! kadang kalaberakhir dengan putus saudara, macam M Zain(Labu) dan P Ramli(Labi) berebut Manisah.
Di Sungai Petani, kami ke Pejabat Daerah yang tandas dia macam Public Toilet,tempatnya pula bersebelahan pejabat Timbalan Pengarah(nasib saya dah!, mai Kedah jumpa toilet office macam toilet kat public). Pengalaman saya kalau berjalan di negara Islam sama ada Timur Tengah atau Asia Selatan, mereka ni pengotor dalam menjaga persekitaran.Kawan sayahari ni dak 2 kali datang berurusan berkenaan cetak salinan gran tanah dia, dari October 2009 sehingga Mac 2010, tak tercetak! bila kita jumpa pengarah atau timbalan pengarah,bukan main lagi gaya dia, 'official' katakan, kita tunjuk resit dan bukti tarikh kita mula berurusan, dia mula 'down' sikit ego dia, kena pula kita speking London sikit, huduhnya pegawai Melayu bekerja .
Siapa didik dan asuh mereka ni.
Dalam perjalana pulang, saya singgah makan 'restaurant menu Cina', masa makan, datang seorang kawan lama, maklumkan, mau ka kantin kilang dengan pekerja 7000 orang!, katanya. Kenapa tak buat sendiri! tanya saya, RM200 ribu mesti tujuk ada dalam bank! jawabnya.
Saya rasa saya nak hebah ke kawan kawan yang minat la!, kata pada kawan saya ni.
Peluang ni macam tangkap burung , burung dah duduk tepi sangkar, kalau tak ada sangkar, putih mata saja!!
Comments