Ribut Di Laut,Tenang Darat
29 Mac, 6.40pm, saya sedang dalam perjalanan pulang, memggunakan Feri, (seminggu sekali saya akan berusaha naik Bus dan Feri sebab suka melihat kehidupan yang mencabar) saya hantar kereta ke bengkel, sebab tidak puas hari buatan kedai panel Insuran kereta.Secara tak langsung saya berpeluang naik Feri dan Bus hari ini.
Semasa saya sebelah pulau, saya banyak menumpang kawan.Bila keputusan kereta saya tak dapat siap hari ini, saya minta kawan hantar saya ke Feri. Semasa sampai di Jeti sebelah Pulau, saya bergurau dengan kawan, nanti kutip saya di Pulau Kendi, sebuah pulau tanpa penghuni yang jauhnya 23km dari jety, menghala ke Medan, Indonesia, masa itu cuaca terang dan ceria, tanpa nampak tanda hujan atau ribut akan melanda.
Semasa berjalan kaki ikut laluan ke Feri, saya terkenang pagi tadi setelah saya serch semua bahan dimedia internet, saya gagal jumpa berita perlantikan Mursyidul AM PAS, lalu saya hantar message melalui email, Facebook, dan Blog hampir semua Pimpinan PAS dan MP PAS, 'Kalau Nak Tender Jawatan Mursyidul AM PAS, enounce '. Ini semua kerana gelabahnya saya, dan tidak tenangnya masyarakat awam yang sering hubungi saya untuk meluahkan perasaan gusar mereka kepada tindakan PAS, melambatkan perlantikan Ketua Majlis Syura.
Magrib, sampai saya ke pejabat saya terus saya buka komputer, dan saya menjadi lega dan tenang kembali, kerana berita, Perlantikan Majlis Syura telah di buat oleh PAS Pusat, saya yakin orang ramai juga seperti saya , kembali tenang.
Semasa atas feri saya mula melihat sebelah utara, nampak langit mula hitam pekat, tanda hari akan menerima hujan, dalam tak sampai 3 minit, saya lihat sebelah barat , saya dapati puncak menara Komtar,hilang di selaputi awan hitam, langit di sebelah barat hanya tingga seperti hijab perempuang yang hanya nampak mata, nipisnya ruang jarak bumi dan langit, kerana di liputi awan gelap.Saya dah mula rasa lain, tiba-tiba 'bampp' bunyi Feri dari tingkat bawah, entah apa yang di pukul ribut,mungkin motor, atau tong sampah menghentam dinding.Bila saya toleh ke utara sahaja. air hujan merenjis kuat ke tubuh saya yang berada tepi feri sebelah barat, manakala penumpang berasak menyelamatkan diri dari hujan, dengan berhimpun sebelah tepi feri bersama saya. Saya mula melihat dimana pedati baju pelampung, mana tahu, kalau kalau kena guna!, kerana feri sudah berat sebelah sekarang.
Pergerakan feri sudah mula tak berapa stabil sekarang, semua penumpang menjadi panik, bimbang kalau kalau nahas feri akan berlaku di Pulau Pinang pula, saya sempat sms ke kawan yang hantar saya 'masin mulut le, dah kena ribut ni, feri tak boleh rapat ke Jeti'.
Ribut di laut ni, sedangkan di darat dah tenang,dengan berita Nik Aziz di lantik semula sebagai Mursyidul Am PAS.
Comments