Kedah :UMNO kancing gigi






















Mentaloon.14 Mac, Lawatan PAS Bayan Lepas ke Pejabat Menteri Besar Kedah telah di bawa melawat dan mendapat taklimat berkenaan perkembangan pentadbiran dan isu-isu Kedah yang tidak dilaporkan secara adil oleh media perdana.

Kedah telah mencatat perolehan luarbiasa dari pengurusan baru di bawah Kerajaan pimpinan YAB Ustaz Azizan b. A. Razak, dengan catatan perolehan melebihi KDNK 4.6% bagi tahun 2009 berbanding KDNK Kerajaan Pusat 48% .Perbanding 3 tahun 2003 hingga 2005 bawah BN hanya RM12juta dari hasil balak sahaja,sedangkan perolehan 2009 sahaja kerajaan baru berjaya membuat penghasilan RM19 juta batu dan pasir, balak RM 35 juta,dividen dari keuntungan GLC sebanyak RM 30juta, sedangkan di bawah BN GLC kerugian berbilion Ringgit.

Masalah air yang dihadapi rakyat Kedah di siarkan media perdana dalam bentuk fitnah dan melampau.Kedah ibaratkan masaalah air, seumpama seorang lelaki berkahwin dengan janda beranak empat, mestilah dia ambil tanggungjawab kesemua anak tadi. Kalau dia kahwin bulan January, takkan nak marah dia anak tadi dapat keputusan SPM gagal yang dikeluarkan pada bulan Mac, sedangkan budak tadi ambil peperiksaan bulan November tahun lepas lagi, sebelum emak dia berkahwin baru. Begitulah masalah air yang di hadapi di kawasan yang sejak merdeka Paip air tak di salurkan ke kampung tad,i macam mana nak salahkan kepada Kerajaan baru yang berusia 2 tahun ini.
Masalah air berlaku pada musim kemarau diseluruh Malaysia, di Negeri Sembilan dan Melaka, air di catu mengikut kawasan , tetapi tidak disiarkan media perdana.
Kedah, harga air ke dua termurah RM0.40/liter, pertama termurah Pulau Pinang RM0.35 seliter, sedangkan Sabah RM0.90seliter tetapi tiada media siarkan.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.