GST :gastapo?

Huraian tentang GST yang menyebabkan kita perlu berdemonstrasi ( sumber Perak Express ).


1. ST merujuk kepada penambahan cukai sebanyak 4 % terhadap semua keperluan seharian rakyat termasuklah beberapa benda-benda kecil yang dahulu dirasakan tidak membebankan dan kini akan menjadi beban rakyat.

2. Kemungkinan dari akibat kenaikan itu juga akan memperlihatkan kemiskinan rakyat akan menjadi lebih teruk dan tidak seimbang.

3. Rakyat yang miskin akan terus merempat dan merana dan yang berpendapatan sederhana juga tidak terkecuali akan menjadi miskin dan akhirnya bebanan rakyat itu akan membinasakan rakyat itu sendiri

4. jika perlaksanaan GST itu dilakukan maka ia akan membawa peningkatan sebanyak 1 billion iaitu dari 12 billion kepada 13 billion sahaja manakala kos bagi mempromosikannya dan melaksanakanya itu akan memakan jumlah sehingga 5 Billion Ringgit.

5. peningkatan harga barangan runcit juga akan turut terkesan dan kesempitan rakyat akan terus terbeban dan tertindas.Kita akan dapat lihat dengan kesan-kesan tersebut maka tidak akan ada lagi penjualan kuih-muih yang dapat rakyat beli dengan harga yang berpatutan.

6. Dan dari kajian yang dilakukan tidak mustahil sekiranaya akibat dari perlaksanaan GST itu ia akan membawa peningkatan dari 4% ke 10 % sekiranya ia dilaksanakan.

7. PR bukan sengaja mencari bahan dan sebab untuk bangun menyatakan kebenaran namun ini hak rakyat yang perlu di pertahankan.ini bukan hak rakyat dan penyokong PR sahaja namun ini hak Rakyat tanpa mengira kaum,agama, bangsa dan juga fahaman Politik

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing