Ke Pendang lagi

28 Feb 2010.Anak yatim sekali lagi di raikan, dengan hadiah barangan dan wang dari Expo Belia Niaga Kedah, yang berlangsung selama sepuluh hari di Mini Stadium Pendang, Kedah.

Suasana yang meriah dengan sambutan orang ramai, telah memberi rangsangan kepada penganjur, untuk terus meningkatkan lagi usaha membantu anak yatim, yang berada di rumah mereka sendiri.






Majlis kali kedua yang berlangsung di Pendang ini, bertambah meriah dengan sokongan dan kerjasama dari Amal Nisa' Pendang. Nisa telah berkhidmat bersama membantu melancarkan lagi acara pentas dan lawatan gerai.Tahniah kepada Nisa, Pendang.
Majlis yang berjalan dari jam 8.30 malam, bermula dengan jamuan makan kapada anak yatim dan waris serta VIP. Majlis berbesar hati dengan Setaiusaha PAS Kawasan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Perbandaran Pendang, Hj Sobri, juga diringi 2 orang ahli Majlis.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.