Anak Yatim di Serdang dan Bukit Selambau, Kedah
Anak Yatim diraikan di Serdang dan Bkt Selambau.
Sempena Ekspo Belia Niaga dan Ekspo Riang Ria bertempat Dataran Serdang dan bersebelahan Masjid Al-Wajdi Pekan Bukit Selambau, seramai 70 orang anak yatim sekitar dua lokasi tersebut diraikan oleh Penasihat Komiti Anak Yatim Mutiara Imfaq, Zolkifly Md Lazim bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husin dan Adun Bukit Selambau, S. Manikumar. Selain itu turut bersama meraikanya ialah CEO Alam Gapura Group Sdn Bhd, Noor Asmadi Saad serta Koordinator ekspo berkenaan, Zaini Abu Hasan dan Pengarah Syarikat Tunas Indah Niaga Enterprise, Drs Mohd Nazri Abdullah.
Program di Serdang, Kedah itu merupakan lokasi yang ke 13 setelah berjaya melakukan perkara yang sama di Kulim dan Tanjung Dawai.
Menurut Z0lkifly, kesemua anak yatim diberikan beg, wang ringgit, totto dan sejadah sebagai sumbangan manakala mereka akan diberikan lebih banyak barangan lagi apabila kesemua mereka dibawa oleh Adun ke serata gerai yang ingin menyumbangkan barangan yang
mereka jual.
Melalui konsep tersebut katanya, peniaga tidak ketinggalan dapat menabur bakti terhadap anak-anak yatim berkenaan. "Sebenarnya inilah konsep yang cuba diperkenalkan oleh kami pada setiap ekspo. Selain dari mengaut keuntungan peniaga dan penganjur juga boleh mencari saham untuk akhirat.
Insya Allah apa yang mereka sumbangkan akan dibalas oleh Allah s.w.t, " tegasnya.
Selepas program ini, pada bulan April 2010 penganjur akan bertapak pula di Pulau Pinang setelah beberapa perbincangan selesai di atur dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Dr Mansor Othman. Melalui cara ini sambung Zolkifly lagi, Adun-Adun boleh mendekati rakyat pada dua malam iaitu ketika bersama anak yatim dan cabutan bertuah. "Adun akan dijemput bersama meraikan anak-anak yatim dan malam cabutan bertuah. Ini adalah satu cara kami membantu Adun turun padang bertemu rakyat, " tambahnya.
Comments