besi terpakai bertukar duit

Modifikasi, atau ubah suai, satu kreativiti yang banyak membantu sesorang itu menjadi terkenal, atau berubah menjadi jutawan.

Di Jawi, Seberang Perai, sebuah workshop yang jauh dari kekalutan kota, telah beroperasi menjadikan absober terpakai dibaik pulih atau 'recond'.

Saya agak kagum melihat ramai pekerja seperti sebuah kilang kecil yang beroperasi, mundar mandir pemuda pemuda Melayu sibuk denngan urusan kerja dan yang tertumpu di meja workshop, menggambarkan kepada saya bertapa sibuknya perusahaan ini.Saya juga melihat kehebatan perusahaan dan perniagaan yang tak perlu kepada apa apa keistimewaan atau kelulusan pendidikan yang tinggi, cuma yang perlu ada ketekunan dan nilai kreativiti dan penumpuan.

Saya meneman seorang kawan yang nak mem,baiki absober kerisi pajero yang dia anggap rasak.Sampai disana, dalam terpinga-pinga kagum melihat suasana workshop, saya di jemput masuk ke satu bilik kecil berkaca separuh.
Didalam saya di perkenalkan dengan seorang pemuda Cina yang nampak handsome dan berwawasan, terus saya dapat gambaran bahawa pemuda Melayu tadi adalah pakar-pakar yang berkhidmat kepada peneraju dan perancang perniagaan ini, yang menukar besi rosak dan terpakai sebagi duit dan menjadikan dia kaya raya.

Ini tak payah repair atau modified! masih elok, yang perlu tukar spring di kerusi kamu! Dia dengan jujur menasihatkan kawan saya yang nak baiki absober tadi.






Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing