PIBG

Hari ini,hari pertama aku akan mempengerusikan mesyuarat PIBG, setelah dilantik sebagai Yang DiPertua, pada dua minggu lepas.Setelah 2 tahun aku lari dari mesyuarat, untuk mengelak dari dilantik, kekadang sehingga aku rasa kasihan kepada anak anak aku, ibu bapa budak lain semua hadir mengambil bahagian, sehingga membanggakan anak mereka, tapi aku seperti pengecut,membiarkan anak keseorangan apabila dipanggil kepentas menerima anugerah pelajar cemerlang dimesyuarat PIBG.


Sekolah anak aku merosot teruk keputusannya sejak kebelakangan ini, dan ibu bapa mula resah dengan keadaan ini,mereka hendak sesuatu perubahan dilakukan, tetapi siapa yang akan melakukan.PIBG asyik digunakan untuk politik, kebetulan Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang juga YB angkat di situ jadi Yang DiPertua.


Subuh hari Mesyuarat Agong, aku menerima 2 lagi panggilan terakhir, dari AJK lama dan waris,mengingatkan aku supaya jangan lupa hadir jam 9 pagi nanti.Aku dah tak berdaya nak lari lagi kali ini, kerana sekiranya aku lari masyarakat akan hukum aku.

Aku hadir menungang motor Cup 70 tahun 1974,dengan harapan aku di pandang lekeh hari itu, tapi bila sampai saja ke parking, sebaik aku tongkat motor, aku melihat orang ramai yang di kantin sekolah tempat mesyuarat, mendongak panjang leher mereka menoleh ke aku(macam anak burung dalam sarang yang melihat ibu burung pulang),mati aku kali ni!!.

Setelah mesyuarat berjalan, hanya nama aku seorang yang di cadang sebagai YDP(walaupun berulang kali, YB Arif Shah menyeru supaya waris memilih semula YDP lama).Setelah terpilih, dalam ucapan sulung, aku ingatkan waris, 'sekiranya waris memilih saya untuk wang(seperti mana amalam orang politik sebelum), mesyuarat hari ini silap, tetapi sekiranya mesyuarat mahu meningkatkan prestasi sekolah, mari kita bekerjasama'. Aku juga sempat ingatkan mesyuarat kata kata masyhur, Abu Bakar dan Omar, 'Aku bukan yang terbaik dikalangan kamu,sekiranya aku melakukan kesalahan, perbetulkan aku!, dan sekiranya aku betul, ikutlah aku!.Aku juga ulang pepatah jeneral tentera yang pernah aku baca,'satu pasukan tentera itu tidak akan berperang dan menang,melainkan tenteranya berperang'.

Aku mohon Allah permudahkan urusan hidup aku !!!

Comments

Anonymous said…
salam org ada duit saja boleh pakai moto antiq apa lekeh ....heheheh
Mizi@Zie said…
Tahniah Bro Zul....Jadilah pemimpin yang dikasihi kerana jasa bukan dikasihi kerana kaya....bila nak belanja minum

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan