Jangan Sampai Hangit!!



















13 February, Sabtu. Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh berusaha keras untuk meningkatkan prestasi pelajar tahun 6. Pada tahun lalu prestasi sekolah menurun, menyebabkan saya terkorban, menjadi mangsa kepada waris dan guru, dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG, menggantikan Cikgu Zaidi ketua Pemuda UMNO dan Wakil Rakyat Angkat 'KADUN', Permatang Pasir.


















Setelah 2 tahun sebenarnya, saya cuba melarikan diri untuk di pilih. Saya tidak akan hadir mesyuarat Agong PIBG, tapi tahun ini dah tak terdaya nak lari.
Bila dah terlantik, apa lagi!, rasmi sana, rasmi sini! jadi kerja baru, 'penceramah'.

Sembang kerja!! saya kena sungguh, sekarang ini. Saya di minta merasmikan perjumpaan dengan waris tahun 6 , bagi meningkat prestasi pelajar. Macam, mana nak sembang supaya mereka bekerja, dan menyediakan kerja berkesan. Saya pada majlis ini mengingatkan guru bahawa usaha mereka amat baik, tetapi perlu ada fokus dan strategi, supaya target itu tercapai.

Pada waris pula, saya tekan supaya memastikan 'time frame', pastikan anak jangan terlepas program, saya ibaratkan terlepas program ini, seperti terlepas Bus atau Kapal Terbang. destinasi tak sampai, kalau dah beli tiket, duit rugi. Waris mesti bertindak membantu anak walaupun beberapa minit sehari, ini saya tekankan kepada 'keberkatan',ibu bapa, satu nilai yang tak boleh di tunjuk secara fizikal. Saya imbau kisah Hamka, yang menjadi anak kepada seorang 'Mualim' besar, tetapi dia hantar anaknya Hamka, belajar dengan pasentren dan pusat pengajian, bagi pelajaran anaknya, tetapi akhirnya Hamka pulang, dan menadah kitab kepada bapanya juga, sehingga menyebabkan menitis air mata siBapa. Kenapa? Hamka memahami erti 'keberkatan' daari pengajian yang di timba serata dunia.

Saya akan berusaha meminpin PIBG ini dengan 'kerjasama' bukan dengan' matirialisme', seperti amalan sebelum ini. Kata Dato Asri di zaman gemilangnya, 'sembang kerja,kalau goreng(berhujah) biar kuning- kuning sederhana, jangan goreng(berhujah) sampai hangit!!

Comments

Anonymous said…
Tahniah dapat ambil alih dari zaidi. Sebolehnya cuba try ambik alih PIBG di B.P pulak. Ada potential boleh diupkan sebagai Y.. pulak. Baru depa tak kata apa.

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan