80 pound keliling Eropah
Satu malam saya terima email dari kenalan lama saya, dia minta kalau kalau ada,contact saya di sebelah Eropah terutamaya di Perancis. Rupanya dia sekarang berada di republic Czech dan nak bertolak ke Paris,
Hj Bakar, kawan saya ini, mungkin dipengaruhi cerita saya semasa saya dalam perjalanan ke Raffah Palestine yang terhalang oleh kerajaan Arab sekeliling Palestine, dalam cerita saya itu saya berhasrat untuk menghantar kawan kawan saya ke airport Jordan dulu untuk terbang balik ke Malaysia , dan saya sendiri, terbang ke German atau Perancis untuk menyertai pertubuhan Ngo di sana bagi membantu saya masuk ke Palestine.Saya lihat banyak rombongan bantuan dari sebelah barat ini berjaya masuk ke Palestine,jadi saya rasa dengan menyertai mereka, dan bergerak dari Eropah, lebih besar peluang untuk melepasi sekatan negara Arab yang 'merak buih' bila berhubung atau bercakap dengan Eropah dan Amerika(Arab ni,kalau kita cakap Arab, bahasa dia pun, di tak rai kita,speaking London saja!, semua bagi perhatin).
Saya terima email dia dalam keadaan saya kurang faham maksud,sebab dia email macam bahasa SMS, sebenarnya dah jadi kebiasaan bagi orang yang guna teknologi maklumat electronik ni, kita akan guna bahasa ringkas, sebab terbawa bawa dengan gaya guna Handphone(nak save le tu !!), saya ingat dia minta kenalan di Malaysia yang ada maklumat di Perancis.
Beberapa hari lepas, saya ada peluang ke Sungai Petani ,saya terus hubungi Hj Bakar kawan saya ni,bertanya kabar tentang Eropah yang dia baru pergi.
Dia pun apa lagi! macam orang balik Makah juga le, di ceritanya! Dari suhu dan cuaca yang beku, sampailah ke teknologi film yang 4D(bukan 4D UMNO punya syer dengan Magnum tu),kita di Malaysia masih dengan 3D film.tidak ketinggalan maklumat tiket Oyster(Touch n Go atau bayar
Dia pun apa lagi! macam orang balik Makah juga le, di ceritanya! Dari suhu dan cuaca yang beku, sampailah ke teknologi film yang 4D(bukan 4D UMNO punya syer dengan Magnum tu),kita di Malaysia masih dengan 3D film.tidak ketinggalan maklumat tiket Oyster(Touch n Go atau bayar
dulu baru guna) yang mengimbau saya bilamana mula belajar guna tiket sekali bayar,guna sepenuh hari,untuk semua perkhidmatan pengankutan.
Masa tunggu bas di depan kedai Kebab Bosnia di Australia, bila saya naik Bus saya bayar, driver bus yang pakai seluar pendek dan berstokin sampai paras lutut bagi saya tiket,bila dah turun saya buang tiket dalam tong sampah,lepas tu naik lagi bus ke tempat lain pula,bayar lagi ke driver (macam pakaian guru sekolah rendah saya pakai setiap hari Isnin di sekolah St,george's) baru saya rasa pelik, pasal apa penumpang lain semua,bila naik bus tunjuk tiket saja tak bayar pun.Bila saya kelebik(bahasa utara) tiket, baru terbaca yang tiket tu boleh pakai sepanjang hari di semua pengankutan awam, bodoh sungguh aku ni!, duduk lama sangat bawah pemerintahan UMNO ni.
Dalam dia sedap bercerita, saya tanya dia ,Haji bawa berapa duit belanja semua disana? dia kata, bawa 80 pound Sterling!!!
Comments