Cakap Benar Mencipta Sejarah


Firman Allah s.w.t:

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik”.
( Al-baqarah : 110 )

Qulillhaq walau kana murrun…

Hari ini saya berjumpa dengan semua kakitangan DBMhospital di Permatang Pauh,banyak perkara diketengahkan oleh mereka bagi menambahbaik operasi hospital dan kebajikan kakitangan.

Saya kagum dengan anugerah Allah berupa kakitangan yang setia dan beramanah,satu perkara selalu saya bagi kepada orang yang bertanya rahsia kakitangan dengan majikan, ialah kalau kakitangan kita excelent,cukup baik prestasi,pastinya ada syarikat lain berminat dan menawarkan upah lebih tinggi, tetapi kalau kakitangan kita lemah dan lembap,pastinya kita keluarkan dia.

Kakitangan bukanlah milik kita sepanjang masa,mereka mungkin ditakdirkan Allah lebih baik di tempat kita dan baik ditempat lain bagi sebahagian masa dan tempuh.Amanah adalah sikap yang menjadi kunci kebaikan mereka dan peningkatan kerjaya mereka.
Apabila saya berjumpa dengan kakitangan saya yang baik belaka ni, terjumpa pula satu kelemahan mereka, dimana mereka telah lama kerja dan sefahaman sesama mereka ,sehingga buku kedatangan di rekod oleh kawan, dan kawan cover kerja, sampai waktu dia masuk lewat direkaod awal,ada satu hari itu semua asyik mengharapkan kawan!, sampai seorang pun tak daftar kedatangan secara manual.Apabila perkara ini dah terjadi,dan sampai ke pengetahuan pengurusan,maka untuk mencari jalan pembelaan,salah seorang kakitangan cadangkan kepada perjumpaan, supaya syarikat sediakan 'punch card' electronic atau mesin, saya sampuk disini!, dengan menjelaskan bahawa yang tak rekod itu bukan alat, tapi amalan.Kalaulah berlaku kemalangan masa tersebut, bagaimana kita nak tuntut SOCSO, kalau berlaku kes buruk, bagaimana kita nak buktikan!, dimana kamu berada,dan kalau syarikat nak buat analisa pembaikan, bagaimana nak dirujuk sejarah amalannya!.,Saya bersyarah kepada mereka.


Kelmarin saya berkesempatan menolong seorang ibu dan anak mualaaf,mereka tinggal dibilik dalam sebuah rumah seorang cina yang bukan Islam,sewa dah tak bayar dan makan pun dah dua hari tak jumpa, si ibu sakit jantung dan si anak mengandung sedangkan umurnya baru tingkatan 2,si ibu kata suaminya meninggal dunia,tapi orang lain maklumkan pada saya, dia lari dari suaminya(mereka ini dituduh suka bercakap bohong).
Saya sudah biasa dengan keadaan begini,kerana satu masa dulu saya pernah mengeluh kepada Adam (seorang aktivis yang sebulan 2 orang dia Islamkan),dia cabar saya dengan minta saya kemukakan rekod sejarah di zaman Rasullulah,apakah mereka yang menyertai Islam semua kaya,senang dan dimuliakan masyarakat? malah Rasullulah yang membawa mereka dengan mengangkat martabat di mata umum,sebagai seorang Islam.Memanglah biasanya(walaupun bukan semua), orang yang tertindas dan di zalimi ini akan bercakap bohong dan menipu serta menjalan kegiatan yang kurang senang oleh orang yang selesa hidup mereka.Masa saya diAceh, saya berpengalaman dengan mereka. Apabila pemerintah ABRI tanya, mereka mesti jawab, secara berbohong untuk elak di seksa,contohnya kalau ditanya, kemana anak lelaki kamu?jawab penduduk, dia ke perigi!, sedangkan budak tadi ke kebun, kalau ditanya seorang anak dara ,pasti dia berkata sudah kahwin, lama kelamaan telah menjadi budaya disana, bercakap mengelak bencana dengan cara berbohong.
Hebatnya Rasullulah, baginda tekan kan bercakap benar sebagai asas membangkitkan kemuliaan dan kejayaan.Qulillhaq walau kana murrun… (berkata benar walaupun pahit)
Dengan bercakap benar maka sejarah dapat di rakamkan dan dengan bercakap/rekod perkara benar, teknologi dunia di perbaiki mutunya.
1. Tak akan ada peta dunia, jika Ibnu Batuta tidak rekod tepat dan amanah semua perjalanan beliau
2. Tidak ada alat dan teknik perubatan, sekiranya Ibnu Sina tidak amanah dalam cakap dan catatan tangan dia.
4. Tidak ada mentol letrik, sekiranya Thomas Edison tipu tulisan nota dan laporan beliau dulu.

Oleh itu mari bermula cakap benar dan rekod yang sebenar benar, pastinya kita bakal mencipta satu kejayaan besar kelak.

Comments

ubat nyamuk said…
tak akan Polis suruh balik perbaru lesen kalau cakap benar...hehheh
Zolkifly said…
tu tukar maklumat depan depan dia

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing