Lebai dan Pak Pandir


Dua hari lepas apabila di majlis Penang Harmoni,anjuran Penerangan PAS Negeri,saya berjalan melihat kejayaan anak buah saya, semasa zaman 2003,saya bangga dan syiok sendiri, melihat mereka menjalankan satu program besar yang nampak ada kejayaannya,mereka ni jadi anggota jawatankuasa Penerangan Negeri semasa saya diamanahkan selaku Ketua Penerangan masa itu.Saya latih dan susun jawatankuasa masa itu, kepada teknik menjayakan kegiatan, mendapat sumber pembiayaan,tanpa bergantung kepada tabung PAS Negeri .Pada masa itu saya fokus kepada tambah 5000 ahli dalam masa 6 bulan, dengan perbelanjaan RM90 ribu(terbeliak biji mata Bendahari masa tu), tapi saya tak minta dari tabung sebaliknya berusaha mendapatkan pembiayaan dari luar tabung, tapi cuma kejayan say kecil,hanya berjaya daftar sekitar lebih 3000 ahli sahaja selapas tempuh 6 bulan tamat.


Dalam saya dok syiok sendiri, saya di sapa oleh seorang aktivis PAS 'apa yang dok gila pi bagi derma sumbangan merata,hang bukan YB' katanya. Mungkin orang ini merujuk kepada blog saya yang penuh dengan aktiviti anak yatim,sumbangan ramadhan,sumbangan hari perayaan, atau mungkin juga beliau banyak mendengar nama saya di sebut dimana ada program atau mesyuarat PAS,sebab yang terbaru nama saya disebut! dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri,kata si 'lebai' yang berkata itu'kita seminar nak selesai masaalah!kenapa bawa masalah,sapa bawa mai Zolkifly Md Lazim, ni apa bawa mai? merujuk kepada Mujahid.Program yang dimaksudkan itu ialah program Perkasa Parti,yang berlangsung di dewan Balora Balik Pulau, memang saya hadir disitu bawa seorang kawan ke pusat khidmat PR di bangunan belakang, kemudian ada orang dalam pagar kawasan majlis tu, ajak saya minum dan bersembang,saya ambil minuman, dan duduk di luar dewan ,yang saya pun tak minat nak masuk, masa tu saya nampak seorang lagi lebai(kata mereka ketua urusan ulama,kawasan)keluar dari dewan, tiba ternampak saya ,dia tarik muka tokong Siam.lepas itu seorang demi seorang, balchi bendahari ni keluar mengintai(masa saya di zoo Johor Baru, nampak kelaku ni), ada yang sampai depan saya, ada yang intai dari belakang.
Lebai yang bercakap ni, dulu tahun 2009 dia pernah hadir mesyuarat Agong Cawangan Jalan Mahkamah, Bayan Lepas, masa tu di jadi saksi tipu, dengan mengatakan perlembangaan PAS tak benarkan ahli yang pindah cawangan kurang 4 hari, tak boleh dilantik sebarang jawatan! maka 3-4 orang juak juak pun hangguklah(takut saya dilantik Ketua Cawangan),bila ahli minta perlembagaan, juak juak dia kata ini Perlembagaan baru pinda(dia pun angkat satu bundle kertas photostate,tapi tak bagi).Ahli PAS cawangan semua bantah dan tak mau kerja, sampai saya dipanggil selesaikan masalah ahli di cawangan ini.

Maka si lebai pun berbahas! antara sebab PAS mundur ni, kerana Mujahid daftar ramai ahli PAS secara terus!(tambah ahli salah?), dan Zol lazim ni buat banyak sangat program cawangan!(saya tambah,yang ni banyak bunyi di luar),Pengerusi majlis, kebetulan Pak Pandir Ketua Kegelapan Kawasan, dia pun tambah, memang dia ni gila nak jadi calon!.(dia ni yang mai Bayan Lepas rasmi mesyurat,orang mesyuarat semua kata 'bodoh')saya tulis kisah ini dalam tajuk, 'hari ini dalam sejarah'

Teringat aku, kisah Khalid Ibnu Walid ketika dilucut jawatan, dia masih orang yang terkedepan menganyang musuh Islam.

Bila saya dimaklumkan perkara ini, saya tersenyum!!

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan