SEDAQ diri UMNO wooii










UMNO baru nak menyalak dari balik semak jerumun Ngo yang diikat tali dileher mereka ini. UMNO memperalatkan Melayu untuk perut mereka ,sekian lama sekarang baru mereka mula rasa, bila dah tak berkuasa.

Pulau Pinang sejak merdeka UMNO lah yang berkuasa dengan lambang dacing BN, mereka habiskan duit rakyat dengan berbagai rupa bentuk. UMNO mengaku bela Melayu! mereka luluskan perumahan rakyat di Pulau Pinang dengan harga setengah juta ringgit.Mereka tipu tender minyak untuk di bekal kepada Penang Port(PPC) terbaru ini, sebanyak ? juta liter.

Besok Jumaat, UMNO menggunakan NGO untuk bercinggei naga, membawa Melayu berhimpun untuk dijadikan makanan mereka sekali lagi,kononnya nak selamatkan gerai Melayu kena roboh(Siapa Melayu yang hadir menyalak, memang leher dia ada tali).Sebelum ini siapa yang roboh kedai Melayu di Kg Jawa,Bayan Baru,siapa yang roboh kedai seorang cikgu di genting Balik Pulau, siapa yang senarai hitamkan kontraktor Melayu Kelas'F' Pulau Pinang.
Semasa kerajaan UMNO BN mengharamkan duit bantuan kepada sekolah Agama seluruh Pulau Pinang, mana anjing anjing ini, kenapa mereka tak menyalak?apakah mereka nampak masa itu ,dalam sekolah Agama ada pelajar S/O(son of) atau nama Lim Guan Eng atau nama Koh Tsu Koon sedang baca kitab.

Malu!! lah Melayu UMNO barua Pulau Pinang, sejak Cina Guan Eng pegang negeri, dia telah luluskan sebanyak dua kali peruntukan kepada Agama Islam Pulau Pinang, 2009 sebanyak RM20.4juta dan 2010 sebanyak RM25.9 juta , mana nak letak muka puak puak ni. Mana mereka letak pelajar Melayu Pulau Pinang yang mendapat pencapaian tinggi dalam pelajaran semasa UMNO jaga Pulau Pinang. Mana UMNO bagi pembelaan kepada peniaga Melayu yang berdikari dalam Industri pembuatan dan perkhidmatan .
Bolehkah Cina hormat Melayu Pulau Pinang? bila mereka berkuasa, mereka rasuah, bila mereka berpangkat, Melayu di sekat.Sekarang mereka masih amal, kalau nak projek sila tunjuk nombor ahli UMNO.




UMNO sanggup beri tokoh Maal Hijrah kepada Karam Singh Walia dari di beri Kepada Tg Dato Nik Aziz. UMNO bela Melayu,Umno Islam??

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing