PAS Benteng kukuh


PAS Cawangan Jalan Mahkamah hari ini berikrar, akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Pulau Pinang yang terbukti lebih adil dari kerajaan BN, sebelum ini.

PAS mewakili orang Melayu dan Umat Islam di Pulau Pinang, tidak akan terpengaruh dengan anasir pemecah belah rakyat yang berselindung di sebalik Ngo, berdemonstarsi dengan sifat perkauman Assobiyah sesat yang diharamkan Islam.

Pas mewakili Umat Islam dan rakyat Pulau Pinang akan berdiri mempertahankan kerajaan Negeri PR, dan berusaha menjadikan kerajaan dan rakyat yang bekerjasama, meningkatkan kebajikan dan keupayaan rakyat negeri ini.

PAS meminta disampaikan suara rakyat kepada YAB Ketua Menteri, supaya meneruskan usaha berjimat cermat, dan menekankan pembangunan negeri, yang membantu rakyat, serta bersikap telus. Seru Hj Zolkifly Bin Md Lazim !, Ketua PAS Cawangan Mahkamah, Bayan Lepas., pada majlis penyampaian bantuan Kong Xi Fa Chai anjuran JKKK Bayan Lepas.Turut hadir, EXCO kerajaan Negeri, YB Chow Kon Yeow,Dato Halim (Speaker), Sdr Yusof Mohd Nor ahhli Majlis MPPP.

Pada jam 5.30 petang,Ahad,7 Feb 2010,BN hari ini, dengan sifat perkauman, dan berniat jahat, dan bercita cita mengujudkan kekacauan kaum serta pergaduhan sesama rakyat, apabila mereka mengadakan demonstrasi di Jalan Aziz Ibrahim, di Sungai Nibong, bagi membantah Restoran Telok Bayan yang sedang beroperasi, dengan harapan, pergaduhan kaum akan berlaku antara Melayu dan Cina, maka dengan keadaan ini, mereka akan merampas Kerajaan Negeri,seperti mana mereka lakukan di Kelantan pada tahun 1978.

UMNO dan BN bersifat kufur, seperti mana seruan Nabi S.A.W, dalam mengajak perkauman dan mengalakkan pertumpahan darah atas keamanan rakyat, dan bukan diatas tuntutan Agama. Mereka telah di beri kuasa selama lebih dari 50 tahun, tetapi mereka khianati amanah ini dengan mereka membiarkan Agama di rosakkan, moral ! bermula dari pimpinan BN sehingga ke rakyat jelata,merudum. Ekonomi Firaun diamalkan, dimana siapa tidak ikut aku! aku rampas hak mereka, semua rakyat di paksa dengan bebanan berbagai cara, yang bertentangan dengan pembawa Nabi Musa.

Comments

Anonymous said…
hmm..banyak peningkatan...baru fhmmm sikit..

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing