Burung Walid,Nasi Kukus



12 February 2010, aku bersama 3 rakan peniaga, bertolak ke Kota Bharu, Kelantan, bagi meninjau peringkat akhir, perusahan ternak Burung Walid.Rakan rakan aku ni semua, terdiri dari jutawan senyap,kenapa aku berkata begitu?, sebabnya mereka ini, biasanya mempunyai pendapatan purata sehari mencecah lebih RM7000 , tetapi mereka berpakain seperti orang biasa, tak pernah jerut leher atau, pakai Necktie(tali leher).kereta mereka biasa saja, bukan Merce,BMW atau yang se angkatan itu.Kebiasaan melayan atau merai kawan maupun tetamu, di warung dan kedai mamak saja, jadi tak zahir atau terlihat pun' kekayaan mereka, tetapi kalau di siasat harta dan rumah, serta tiket penerbangan, boleh bulat tersembul, biji mata siapa yang melihat.

Kota Bharu!,disana aku disambut oleh seorang kenalan lama, yang takdir aku kenali dia,semasa berada di Phnom Phen, Kemboja. Kawan aku ni aku panggil nama Wan, dan bekas seorang pemain bolasepak Kebangsaan.

Memang banyak kenalan yang aku kenal, berlaku di tempat jauh dari tempat asalnya, yang kebetulan aku sering disitu, tempat asal mereka.Salah satu kenalan aku orang Permatang Pauh, beliau ini memiliki Farmasi beberapa buah di Kuala Lumpur,dia juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pulau Pinang, masa tu aku, masih dikampung bergiat menyertai politik PAS secara budak budak.

Aku mula berkenalan dengan kawan farmasi ini, sekitar tahun 1991, di Kuala Lumpur, dan terus menjadi rakan kongsi, berniaga Kurma dari Iran, yang pada masa itu, orang Malaysia hanya tahu makan kurma dari Pakistan, yang melekat keras dan berpasir(kata orang Pakistan, Kurma itu dia bagi makan kuda di negeri dia).Setelah 2 tahun dia menjadi rakan kongsi, dan akrab sekali hubungan kami, mula dia bercerita,' Ana sebenarnya, kenal 'nama' anta dulu, sebelum kenal orangnya', diapun bercerita, semasa menjadi AJK Pemuda PAS, dia sering diperingatkan dengan nama' Zolkifly Md Lazim' , mereka!, pemuda semua, bagi tahu supaya berhati hati!, dan jangan dekat dengan dia ni!, sebab jahat orangnya.Masa itu dia pun tertanya-tanya, dan timbul pertayaan, jahat macam mana?,nak di tanya, orang orang tertentu(pimpinan) itu,mereka selalu mengulangi kata kata 'jaga-jaga', tapi!, takut juga aku, kalau jumpa orang nama 'Zol' ni,dah sentiasa ana, diulang-ulang ugutan itu!, bercerita terus kawan Farmasi aku. Tapi bila dah dua tahun kita berkawan dan berkongsi niaga, sehingga mencecah RM1,juta setiap transaksi, aku tak nampak jahat dimana pun! untung lagi adalah!, dengan keberanian dan idea yang anta bagi ni ! ,katanya lagi sambil tersenyum puas(mungkin sebab berjaya meluahkan perasaan dan' hantu', yang tertanam dalam kepalanya sekian lama).Sampai hari ini dia sering hubungi aku untuk silaturahim, dan bertukar pandangan perniagaan dan politik,walaupun kami dah tak berkongsi niaga lagi.

Biasalah aku ni!! nama sampai dulu, sebelum batang tubuh. Banyak lagi kisah nama aku sampai dulu, sebelum rupa aku dikenali, aku akan muatkan dalam kisah kisah akan datang.

Wan, terus ajak aku naik ke pejabat dia, di tingkat atas Sabarina Hotel.Dia ni, miliki beberapa hotel, di Kota Bharu. Tapi slow business sekarang, ekonomi teruk! katanya dalam loghat Kelantan, sambil ambil tempat duduk di kerusi empuk pejabat. Di ruang legar depan pejabatnya dijadikan' Show Room' rumah Burung Walid, serta peralatan untuk penternakan Walid. Syarikat dia, dah sampai peringkat memajukan Taman Perumahan Burung Walid, seluas 50 ekar di jalan PCB.

Habis beborak dan 'berkecek klate', kami di bawa makan Nasi Kukus, Ayam Goreng, woow!, luar biasa sambutanya., mesti beratur sehingga keatas jalan, berdiri kami bersebelahan Flat Buluh Kubu. Aku lihat ayam di goreng dalam dua kuali besar, yang sedang mengeleggak .

Kalau tahu gi ni jual nasi, aku nak jual nasi kukus lah pula, lagi bagus!! kata aku pada kawan-kawan, sambil menjamah nasi yang sedap tak terhingga.


Comments

Anonymous said…
patut kaya..raja sappe silap2 kwn2 tlng bayag mkn minum apa....hihi
Zolkifly said…
makan kenduri la ,klu nak save
Anonymous said…
kenduri dok bg enbelop kosong lama dah ka? patut depa melompat....

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan