Mudah Kaya Meniaga Iklan

Iklan menjadi nadi utama pengeluaran barang dan perniagaan selepas Revolusi Indusrti 1760
Tanpa Iklan, seolah-olah tiada perniagaan yang boleh dijalankan dengan berjaya.

Perniagaan perkhidmatan peguam dulu tidak perlu keluar cari pelanggan, atau bahasa kini, tak payah buat marketing. Peguam tunggu saja, siapa nak khidmat peguam, pergi cari dia di Office.Sekarang peguam kena keluar buat marketing.
Akauntan, Arkitek, doktor dan banyak lagi bidang perniagaan perkhidmatan kena buat marketing.
Hotel, bus,lori, semuanya perkhidmatan yang tak perlu iklan masa dulu kala.
Kerajaan juga terpaksa iklan perkhidmatan dan kempen kutip cukai. 
Lucu lagi! Ustaz2 pun penuh iklan kuliah/ceramah. Banyaknya banner di kepala.simpang dan FB kempen, sehingga anak murid alim sebelum sampai tempat kuliah.

Cerita 20 tahun dulu. Kawan saya bangsa Cina bercerita. Dulu wa kena pi hantar bunga , ang pow ke Bank.
Sekarang, bank mai hantar itu limau, bunga, hamper, sama saya punya Office. Panggil saya pinjam sama dia punya bank.

Sekarang semuanya berubah. Semua perlu iklan.

Pasaran iklan pula dikatakan berkembang pesat sehingga beberapa syarikat Iklan tersenarai di bursa saham.

Ada pandangan mengatakan bahawa app Pokemon- Go  telah menambah semangat pengiklan sehingga mencecah peluang pasaran RM10b.

Pengiklan media sosial 'U-Tube' telah menjadi instrument utama dari 10 syarikat iklan dunia yang paling berjaya dan mampu menarik pelanggan kepada barang/perkhidmatan yang dipasar.

Meniaga iklan menjadikan seseorang itu cukup berjaya sekarang.
Jangan lengah lagi. Mula jadi tukang iklan

Kawan saya Sabri Said, buka studio iklan atas nama Penang TV. Buat lagu koperat, movie koperat dan advertisement.

Electronic Money; meruntuh atau Menaikan Peniaga

Ramai orang berangan untuk miliki atau belanja duit tanpa menyentuh duit tunai kertas atau syiling itu.
Hakikatnya, para ekonomis menganggarkan, dalam dunia sekarang cuma 8% mata wang wujud secara tunai nyata bentuk kertas atau syiling. Duit atau mata wang itu sebenar berada dalam pemacu komputer kita, dalam akaun bank kita, atau angka2 atas kertas penyata bank kita.

2 bulan lepas saya ke Shenzhen China. Saya pergi menghadiri Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan disana. Sebahagian besar perbelanjaan lawatan saya ditaja oleh syarikat di China. Tempahan tiket kapal terbang, hotel penginapan saya dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya semua perbelanjaan dibuat dalam talian, dan menggunakan telefon pintar saya. Selepas belanja, semua resit dalam talian, saya hantar ke syarikat di China tanpa cetak, tetapi pindah melalui talian menggunakan telefon pintar. Handphone
Semua urusan pergi dan balik serta penginapan saya selesai diurus tanpa guna wang tunai kertas mahupun wang syiling.

Saya menggunakan Airport Hong Kong sebab masalah jadual penerbangan, dan satu lagi sebab, saya boleh terbang langsung dari Airport Pulau Pinang. Sampai saya di Hong Kong, saya ada pilihan menaiki texi Uber atau Grab yang tidak perlu bayar tunai. Saya juga tidak perlu bertanya, berapa tambang ke destinasi saya pilih. Saya juga tidak perlu beritahu kepada pemandu Uber, kemana saya akan pergi. Semua itu ikat janji dalam talian Hp saya. Tetapi disini pemandu texi Uber itu gagal berurus niaga dengan saya sebab saya tidak ada akaun bank yang boleh dibaca oleh aplikasi dalam talian Uber di Hong Kong.

Saya ke kaunter tiket bas untuk membeli kupon secara tunai menggunakan wang kerta Hong Kong yang akan di tukar dengan pemandu Bas yang akan membawa saya ke sempadan China, wilayah Shengshen. Sampai di sempadan China- Hong Kong. dan setelah selesai urusan imigresen, saya dijemput oleh wakil syarikat China yang banyak menaja saya disana.

Saya di bawa ke hotel penginapan yang telah ditempah tanpa membayar tunai tadi. selepas selesai menyimpan beg di bilik hotel dan menggunakan bilik air, saya turun semula ke lobi hotel, sebab wakil China tadi sedang menunggu saya untuk dibawa makan malam di sebuah restoran Tukey. Selesai makan, saya dapat lihat wakil syarikat China itu menggunakan HP dia  untuk membuat bayaran. Selepas makan saya dihantar balik ke hotel untuk tidur. sebelum berpisah, wakil China itu serahkan saya 8 kupon menggantikan wang tunai, untuk saya akan gunakan sebagai tambang menaiki Metro, sama seperti LRT di Malaysia.

Selepas solat subuh pagi hari kedua saya di Shengzhen, saya keluar untuk sarapan pagi. Oleh kerana saya tidak ada akaun bank yang boleh dibaca aplikasi di China, saya terpaksa mencari kedai yang menjual makanan secara tunai. Sebuah kios kecil Cina Muslim terletak dalam rumah pangsa berdepan hotel saya menjadi pilihan saya menggunakan wang tunai Yuen untuk sarapan. Mee Tarik dan roti berinti daging cincang goreng berempah jadi pilihan saya. Semasa makan saya sedang bayangkan. kalau saya tidak ada sistem aplikasi jual beli secara dalam talian, pasti saya hilang pelanggan, sebab kebanyakkan rakyat China tidak membawa wang tunai. Sebaliknya mereka menggunakan HP sebagai alat membayar jual beli.

Sampai di Pusat Pamiran dalam banggunan 4 tingkat seperti keluasan stadium bolasepak kita di Malaysia. Semua urusan termasuk gambar dan identiti serta bayaran pendaftaran sudah sedia melalui urusan dalam talian oleh syarikat di China tadi. saya dibawa melawat dalam pusat pamiran tadi, namun saya hanya mampu pergi kepada syarikat2 yang saya dah buat temu janji. Bukan apa, saya tak larat habiskan semua pameran yang beribu kios itu.

Selesai di pamiran, saya keluar dan ambil peluang bersiar2 di sekitar bandar Metropolitan Shengzhen yang dikhabar kepada saya. 20 tahun dulu, bumi ini jelapang padi seluas mata memandang. Sekarang di Shengzhen cukup susah nak pijak tanah atau pasir. Semua bumi di sini menjadi hutan kongkrit berlantai simen.

Semasa saya berjalan di kawasan gerai2 jualan, saya sekali lagi amat terasa ditinggal oleh kelajuan teknologi mata wang di dunia ini, apabila saya melihat pelancung Eropah membeli Kueh Pau dan dibayar menggunakan HP, dengan mengimbas rajah "QR Code" (Quick Response Code) bersaiz 1 kaki, yang disandar pada kotak Kueh Pau. Semuanya beres berurusan business tanpa menggunakan wang tunai. Pelancung tadi juga tidak menggunakan kata kata, sebab sememangnya ke dua mereka buta bahasa masing2. Semua dibahasakan dalam aplikasi HP.

Otak saya mula imbas kembali semasa saya dengan anak2 di kota London awal tahun. Saya berulang kali bercerita kepada mereka tentang masa depan kerjaya di Bank akan menirus dan berakhir. Urusan mata wang di urus dalam HP. Mendapatkan tunai boleh dibuat di mesin2 ATM yang dipasang di semua kedai minyak, kedai2 24 jam dan pasaraya2. Saya sendiri, 2 bulan belum tentu saya berurusan ke bank. Tapi bila saya ke bank, saya tidak melihat orang muda bawah 25 tahun dalam bank. Tidak berapa tahun lagi, pelajar bidang perbankan tidak ada pekerjaan. Mereka perlu kreatif membuat kerja. Saya terus bercerita kepada keluarga dalam bas di London.
Bahan  yang sama saya ceramah kepada pelajar2 Malaysia di Kaherah sebelum saya berangkat ke Paris dulu.

Balik ke Malaysia dari tanah besar China. Saya terus hantar whatsapp kepada anak lelaki saya, Mohamad Syafiq yang sedang belajar dalam jurusan Akaun di London. Ayah hantar Syafiq belajar di London sebab nak mencari ilmu amali(practical) cara dan budaya mengurus di pusat perdagangan mata wang dunia itu. ( perkara sama saya cakap setahun dulu kepada isteri saya dan anak). Sekarang ayah mahu Syafiq tumpu dan meneliti berkenaan mata wang electronic.
1. Asas,
2. Instrument
 3. Development
4. future oppotunity.

Saya menjangkakan sebahagian besar pekerjaan dan amalan pengurusan akan pupus seperti yang berlaku pada filem KODAK, dengan teknologi mata wang elecronic ini.

Minggu lepas saya sembang niaga dengan Shubhi, kawan saya seorang jurulatih (Business Coach). Topik kami, berkenaan matawang electronic ini bakal melahir revolusi baru. Dia juga akui, akan ada revolusi pengurusan dan kewangan dalam dunia ini. Tapi dia juga kata, dia tak tahu apa akan muncul, dan apa lenyap di masa depan, dengan meluasnya pengggunaan electronic money.. Kami bersetuju bahawa generasi baharu mesti mendalami perkara ini, jika ini terus bersama kemajuan dunia business masa depan.  2 hari lepas TV di Malaysia sudah mula bentangkan penemuan oleh pakar2 Malaysia dengan meluasnya penggunaan electronic money ini..

35% jenis pekerjaan akan lenyap, dan 2 juta kerjaya baru akan muncul pada dan selepas 2020 nanti.

sudahkah peniaga semua bersedia.

1. Tiada Mat Dispetch yang akan mengangkut wang tunai dari premis perniagaan ke Bank.
2. Tiada pomen dan jurujual mesin kira wang.
3. Tiada save Box .
4. tiada kehilangan wang tunai.
5. Tiada jual beli jika tiada Aplikasi QR Kod atau insterument kewangan electronic.

Tiada aplikasi electronic money, perniagaan kita mungkin tiada pelanggan. Sebab pada masa akan datang, pelanggan tidak membawa wang tunai.




Kaya kalau kenal pelanggan.

Saya nak tanya, saya ada masalah dengan pelanggan tempatan, maksud saya, pelanggan yang duduk dekat.
Boleh kata 70% pelanggan saya orang luar. Ada dari Penang, ada dari Ipoh, ada dari Alor Star, ada juga mai dari Sabah.
Keluhan Cg Shahidan pemilik kedai baju seragam sekolah yang berjaya di Parit Buntar, sambil bertanya pada saya semasa saya hadir melayan anak2 Muallaf mendapat set kelengkapan persekolahan dibiayai oleh Masjid Cina Titi Papan.

Pelanggan kita.
Kita mesti pastikan pelanggan kita, jadi pelanggan kita. Sebab pelanggan kita itu ialah pelanggan setia kita. Pelanggan orang pula, bukan pelanggan kita.

Kita peniaga mesti berusaha kenal dengan budaya dan tabiat pelanggan kita. Kita jangan tamak.

Contoh.
Syarikat budget hotel tidak akan peduli pelanggan hotel 5 bintang, sebab kehendak dan tabiat pelanggan 5 bintang berbeza dengan tawaran budget hotel sediakan. Tapi kalau dia datang, kira bonus la.

Contoh saya bagi disini lagi. Buah durian. Semua orang tahu buah durian 'Raja Buah'. Durian mempunyai peminat tegar,sehingga sanggup bayar berapa sahaja harga untuk dapat nakan. Tapi ramai juga tidak boleh makan, malah nak ambil bau/hidu pun tak boleh. Pening, loya atau muntah, jadinya.

Sama juga meniaga kita. Sebaik mana pun kita, kita tak akan mampu menarik semua golongan untuk berurus niaga dengan kita atau melanggan dengan kita.
Saya dah tulis 5 tip pelangan setia sebelum ini.

Meniaga secara rasional bukan emotional.

Fikiran Beku dan 5 Cara Cairkan




London sekarang musim panas orang berpusu pusu ramai datang ke kota mata wang dunia ini. Saya salah seorang dari jutaan manusia yang bergerak aktif kesana sini.
Berbanding Malaysia yang bermatahari 365 hari setahun. Pun begitu 50 % penduduk Malaysia kekurangan Vitamin 'D' yang bersumber dari matahari. Apa salah penduduk Malaysia?
Pada musim sejuk Disember, dimana mana ada ais, sejuk dan menyakitkan. Kalau kita nak keluar rumah kita tak mampu berjalan 5-6 pintu kedai, terpaksalah kita masuk ke dalam kedai untuk memanaskan badan dengan "hitter" yang dipasang di hampir semua kedai dan banggunan. , Biasanya semua aktiviti beku,

Beku ini satu fenomenan yang boleh berlaku pada pemikiran, tindakan. Individu atau organisasi tidak terkecuali terkena alam beku ini.

5 tips Cairkan Beku.

1.  Sentiasa ada sasaran Baru.
Musim sejuk 4 tahun dulu saya ke Gunung Sinai yang penuh Ais. untuk elak beku membalut saya, saya terus berjalan dan menggeselkan tapak tangan untuk terus rasa panas, dan mencari khemah atau gua perlindungan yang boleh panaskan badan. 
Emak kita akan ubah setiap hari menu masakan dan makan pagi kita untuk kita terus berselera makan. Ibu kita elak beku selera kita.
meletak sasaran dan bergerak ke sasaran itu satu kerja elak beku atau mencaikan beku.
apa sasaran perniagaan atau organisasi kamu?
apa tempat tuju kamu dan sasaran kamu?

2.  Mendekati Badan Lain.
Jangan biru pemikiran kamu. Ini cerita lain..
Bila sampai di khemah perlindungan saya terus ambil blanket dan balut badan serta berhimpit himpit dengan pasangan dan orang ramai yang ada disitu.
untuk cairkan beku berfikir dan bertindak. Kamu mesti mencari rakan baru dan kamu mesti mendekati peluang yang ada serapat mungkin.
Kalau berorganisasi, kamu orang bawah, kamu himpit orang atas. Kalau kamu orang atas , kamu himpit dan dekat dengan orang bawah.
Kalau berniaga. Cepat2 cari rakan baru atau dekat dengan tempat yang bawa banyak pelanggan. R&R Lebuhraya/Pasaraya? Stesyen Bas/Texi, Keretapi/Kapal Terbang.Atau kamu dekatkan dengan bank2 yang ramai orang

3. Mengambil minuman atau apa2 yang boleh panaskan badan.
Saya hulurkan 5 genih/pound Mesir untuk dapatkan syiee atau teh panas untuk bantu saya halang ancaman beku semasa di 3/4 ketinggian bukit Sinai tempat Nabi Musa berbicara dengan Tuhan. Walaupun ada souvenirs yang banyak dijual, saya dah tak peduli.
Dalam keadaan beku dan bantu usaha kamu mesti tegas belanja kepada perkara perlu dan utama sahaja. Jangan beli benda yang tidak banyak membantu kita melaincinkan kerja2.
Kira2 biar lebih membantu kita bergerak.

4. Bersedia untuk meneruskan perjalanan.

Keadaan sejuk yang beku dan ais sekeliling boleh buatkan kita patah semangat untuk meneruskan perjalanan.. begitu juga business yang sudah lama berjalan dengan model dan modul yang sama, akan buatkan kita beku melihat,bertindak dan bergaya apa keadaan. contoh, nelayan dengan pukat 20 meter perahu kecil dengan air pasang 2 kali sehari. Apa boleh bawa kelebihan hasil pada tangkapan. Pasti sama dengan apa yang dia mula usahakan 5 tahun lalu. 
Pasar bisik Kuala Muda mengajar nelayan mendapat bayaran lebih dari hasil sama dengan mereka membawa ke pelangan satu raga dan kemudian lagi satu raga, supaya pelanggan bermain harga pada barang terhadap. 
Mereka menambah kekuatan enjin bot serta di pasang robot penaik pukat supaya membantu cepat pergi dan balik dan guna masa lebih pendek bekerja lebih jimadieshah@gmail.com.  hasil pula tambah nilai.

5. Sebenarnya untuk sampai ke puncak Sinai, saya menyewa pemandu jalan bangsa qibti bagi membantu menunjukkan jalan dan dan mengelak saya salah jalan dan salah guna masa. Dia sememang mahir jalan2 mendaki  walaupun dalam gelap malam. 
Untuk usaha usaha yang sudah lebih 2 tahun . Kamu mesti mencari jurulatih, consultan dalam me lanjutan usaha kamu. 
Coach atau consultan begitu ramai dalam pasaran sekarang. Dan sudah terbukti berjaya membantu usaha dan usahawan berjaya.

Yang penting cairkan ais yang beku dulu. Dan kamu mampu bergerak.

5 tips Rajin di Kaherah

15hb Ogos 2016 lepas, saya singgah di Kaherah Mesir selama 5 hari. Saya sempat berjumpa peniaga dan pelajar di sana.

Dalam satu majlis perkongsian pengalaman yang dianjurkan anak Malaysia di Kaherah ini.

Dalam majlis ini, saya diajukan soalan oleh seorang pelajar anak Selangor di Kaherah ini.

Tuan. Saya lihat tuan berjaya, jadi saya nak Tuan bagi tip2 pada saya. Bagaimana saya nak buang sifat malas?

Soalan ini memanggil saya menulis perkongsian ini di blog saya. 5 tip buang malas.

1. Berusaha Kekal Aktif.

Untuk lari dari malas, mesti ada usaha untuk kita sentiasa kekal aktif, berfikir selangkah kehadapan untuk persiapan acara selepas acara sekarang adalah cara kita kekal aktif. Sebagai seorang Islam merancang solat waktu berikut, di Masjid mana?
Rancangan ini boleh menyebabkan kita jadi aktivi, kerana mencari tempat solat jamaah selepas ini. 
Steven Covey menulis dalam cara2 mengubah paradigma. Dia memberi contoh beribadah orang Kristien lemah apabila 5 hari ke Bank, 1 hari ke Gereja.
Mencari bahan bacaan baharu juga akan menjadi kita terus aktif
Seminggu sekali saya cari untuk minum dengan kenalan baharu. Dengan mencari kenalan baharu saya aktif berfikir mencari,merancang dan menerima maklumat baharu. Dengan semua dapatan ini, saya jadi terus aktif.
Apa rancangan kamu selepas ini akan jadi sebab kamu jadi rajin, dan malas pun hilang.



2. Raya Kejayaan atau Aras Tanda Kamu Sasar.


Seolah olah sentiasa raya. Kelakuan orang Penang suka buat ramai (meriahkan suasana) dengan suara dan lengok badan serta membesarkan cerita adalah lumrah...
Selalunya setiap orang ada berfikir untuk buat sesuatu walaupun rasmi atau sebagai rakan, seperti pergi berjumpa seorang Pensyarah, Guru, Pengurus Bank, Peguam atau Petani untuk apa saja tujuan, sekalipun minum dan berkongsi maklumat. Hidupkan perjumpaan ini, atau meriahkan.
Selepas berjaya berjumpa mereka yang kamu sasar. Kamu mesti raya atau meriahkan kejayaan ini dalam cara berfikir, tulis atau rakam dalam FB. Ini sebagai satu cara kamu raya atau meriahkan kejayaan tadi. Cara raya kejayaan ini akan memberi motivasi untuk mencapai kejayaan2 berikut dan secara langsung menghalang malas kamu.
Sekarang kamu tahu guna FB secara progresif untuk rajin kerja macam kamu rajin upload FB



3. Mendapat Bimbingan Tepat dan Telus.

Sembang Deras ( cerita kedai kopi) tabiat orang Tanjung Pulau Pinang. Satu fenomena sering dilihat di sana. Semua dia tahu.

Kebiasaan kita mencari maklumat dari sumber yang salah, atau dari mereka yang suka sembunyi cara membuat sesuatu yang terbukti sudah berjaya. Bersembang di kedai kopi macam semua tahu. Kalau kita guna maklumat ini , sah kita akan gagal. Gagal akan jadikan kita malas.

Ada juga perangai pembuat ubat herba, kadang2 kita panggil gelaran mereka sebagai bomoh. Mereka ini, kalau kita tanya mereka bahan2 atau macam mana cara buat ubat. Susah golongan ini bagi kerjasama. Mereka dari kumpulan ini akan memberi data2 yang dikurangkan bahan, atau yang palsu. Mereka lakukan tindakan tidak jujur dan tidak telus ini kononnya, demi periok nasi, kata lain, rahsia cari makan. Sebab itu kumpulan ini tidak mampu mencipta nama dan mebawa budaya ilmu yang boleh dikongsi dan di manafaat sebagai sumber rujukan sehingga ke peringkat universiti. Kita pula bila buat apa yang diajar oleh mereka ini selalu tak menjadi. Bila buat sesuatu tak menjadi, mula kita jadi malas.

Sebab itu Wright Bersaudara diiktiraf sebagai berjaya mencipta kapal terbang. Kalau Wright Bersaudara tipu kita 1cm panjang sayap kapal terbang. Mustahil pesawat ini boleh terbang dan mendarat secara selamat. Tindakan Wright Bersaudara ini memberi motivasi rajin mereka2 yang minat selepas itu, sehingga menggalak pengajian kejuruteraan penerbangan berkembang sehingga sekarang.
Wright Bersaudara boleh kita jadi kawan, rujukan dan bahan walaupun dia dah lama mati.

Kita jadi rajin bila berjumpa orang yang betul dan tepat dengan percubaan hasil tunjuk ajar telus mereka ini berjaya.

'Berkawan dengan tukang besi dapat bau asap, berkawan dengan peniaga atar dapat bau wangi'.
Malas pun hilang.

4. Jangan Mudah Hukum Orang, Tapi Hukum Diri Sediri.
Saya jumpa seorang kawan yang berkata. Malas la jalan dengan dia ni. Dia kata dia tahu semua tempat di sini. Bila sampai tempat tu nanti dia pula yang yang minta saya bertanya orang untuk cari tempat.
Bila saya nak berjalan di Kota London. Saya akan ajak kawan. Bila kawan saya lambat, saya tertinggal tube bawah tanah. Atau kawan tidak datang. Saya akan gagal berjalan ke detinasi pilihan.
Siapa saya nak salahkan masa ini.

Biasanya kita salahkan kawan kita. Sebenarnya kita sendiri yang tidak merancang dan membuat 2 atau 3 plan tindakan.

Mencari kaedah bertindak sebelum berlaku keadaan itu, lebih membawa kejayaan. Nanti jangan ustaz2 hukum saya tak percaya Qada dan Qatar Allah . Macam kita sedia payung bila nampak langit mendung.
 Bila kamu gagal, cari sebab dari diri sendiri yang membawa kamu ikut kawan tadi.

Kita akan menjadi rajin bertindak dengan mencari kelebihan diri dan mengelak malas dengan salahkan orang.

5. Jadikan Hobi.

Jadikan semua kerja, belajar dan bertindak seperti kamu sedang bermain main.

Ada orang suka main bola sepak yang memenat dan menyakitkan badan sendiri.
Ada orang suka bermain lumba motor yang amat mengerikan kalau kemalangan.
Tapi mereka suka, semua itu Hobi mereka.

Saya kenal seorang pemuda yang tembun juga badan dia. Dia cerita pada saya yang dia punya sikap malas nak ikut program kurus badan. Senaman ataupun Gym dan seumpama tu.

Tapi, pemuda ni dia minat tempat tinggi, atas puncak bukit, atas bumbung banggunan tinggi. Berada di tempat seperti ini seolah olah dia sedang bermain main. Dia mula buat kerja2 hiking atau memanjat. Selang sehari dia hiking. Kadang kadang tu hari ini hiking, esok dia hiking pula. Bukit Bendera, Bukit Mertajam. Bukit Gambir. Hampir semua bukit di Pulau Pinang dia hiking. 
Sekarang berat badan dia 60kg turun dari 80kg. Dia upload semua kejayaan masa dia di tempat2 tinggi ini, seolah2 dia sedang bermain main. Hobi la katakan.

Hobi saya berjalan atau musafir. Bila saya ada urusan atau kerja luar. Saya akan letak dalam fikiran saya. Haha! Ada pasal la pula aku boleh berjalan!

Semua kerja saya, saya anggap berjalan jalan. Secara langsung, saya jadi rajin buat kerja saya. Bila saya membaca, saya anggap, saya sedang berjalan jalan ikut cerita penulis tadi. Membaca kitab hukum taharah atau bersuci dari buku yang saya baca akan membawa saya jauh. Saya seperti melihat Oasis di padang pasir, sungai Rain di Jerman yang mengalir indah. Atau Dam2 yang indah terbina oleh jurutera2 hebat.
Atau membaca buku rukun Haji Umrah akan motivasi saya untuk terbang dan bermula musafir lagi.
Hobi akan jadi musuh pada malas kamu.
Jangan tunggu lagi.

Rakam di FB sebagai kejayaan kamu di destinasi tadi..



Kenali Perniagaan Anda Sendiri.




Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allahﻦﻣﻪﻠﻟﺍ ﻑﺮﻋ ﺪﻘﻓ ﻪﺴﻔﻧ ﻑﺮﻋ

Peniaga yang lahir sebab dari tekanan hidup, terpaksa buat, dan tiada pilihan lain, berbeza dengan peniaga yang lahir secara merancang, mempunyai tujuan khusus, dan bercita2 untuk mencipta sesuatu.
Peniaga yang tidak merancang ini juga ada yang berjaya pergi jauh memandu perniagaan sendiri.
Oleh itu, setiap peniaga mesti kenal perniagaan dia usaha sendiri secara keseluruhan untuk bergerak maju.
Untuk peniaga kenal perniagaan sendiri, dia mesti membahagi kepada sekurang-kurang 4 segmen.
Cara yang praktikal saya beri panduan kepada kawan peniaga ialah. Kamu ambil kertas saiz  A4. Lipat empat supaya semua bucu bertemu. Bila siap, buka lipatan dan kamu lihat kertas tadi terbahagi pada 4 bahagian. Kamu mula menulis ikut bahagian lipatan tadi. Sebab peniaga berjaya mesti banyak menulis.
1.       1. Sumber Manusia
Sumber Manusia ini ialah berkenaan hal ehwal pekerja. Bermula dari borang paling ringkas data pekerja seperti resume, bidang kerja, ikrar pekerja, gaji pekerja, cuti pekerja, bonus, kenaikan gaji, dan semua yang berkaitan janji kamu pada pekerja dan keupayaan pekerja tadi.
Semua rakaman tulisan ini dibukukan jadi Kontrak Kerja. Dari pemohon kerja sehingga sudah berkerja dan berhenti kerja yang terbuku dalam kontrak pekerja yang sudah pernah kamu lalui ini akan membantu kamu kenal siapa pekerja yang boleh kerja dengan kamu.
 
Pekerja KFC, MacD, masa bekerja pakai pakaian seragam, masuk kerja ada Punch Card dan semua peraturan kerja sudah ada. Mereka tak perlu tempik, jerkah yakni menggunakan suara tinggi untuk sesuatu arahan, permintaan atau  pembetulan. Berbeza kedai mamak yang tiada pakaian seragam. Pekerja atau tauke kedai mamak akan guna suara tinggi arah tukang masak dengan membuat  panggilan dari meja pelanggan, dan tukan masak atau pembancuh minuman akan tempik ‘siap’ kepada pelayan , tujuan untuk mengarah ambil makanan untuk dihidang pada pelanggan.

Seorang Cina, sama ada Tauke atau pelayan hadapan kedai spare part yang saiz perniagaan’ satu pintu kedai’, akan tinggikan suara, minta pekerja Indonesia atau Bangladesh yang bertugas bahagian belakang di rak2 barang  untuk  carikan barang2 yang diminta pelanggan dan dibawa ke kaunter hadapan. Pusat khidmat pelanggan Samsung pula akan menerima aduan dari pelanggan di meja hadapan. Setelah di semak dan ditaip rekod dalam computer aduan2, pelayan Samsung tadi akan maklumkan tarikh dan waktu untuk pungutan, dan masa yang sama , pelayan Samsung tadi bawa telepon pengadu ke store belakang dengan tangan dan kaki, bukan dengan mulut, macam kedai Spare Part di atas.
 15 tahun lalu satu syarikat kontarktor binaan di Pulau Pinang terkenal dengan kerja siap sebelum tarikh perjanjian (ahead of schadule) . Pemilik perniagaan ini pernah bekerja di luar negara selepas belajar, sebelum balik ke Malaysia. Semua pekerja binaan syarikat ini tidak boleh ambil duit upah ikut suka pekerja macam amalan hampir semua kontraktor lain. Sebab, masa pengambilan pekerja,  syarikat ini telah menetapkan satu perjanjian masa ambil upah sekiranya pekerja setuju kerja. Kalau bank2 buat majlis suai kenal dan dailoq pelanggan dan majlis itu dihadiri pemilik syarikat ini, pegawai2 bank akan rasa takut2 untuk berdepan dengan dia, sebab dia akan sering tanya tempoh proses pinjaman dan skim2 tawaran yang bank setuju bagi. Sebab dia boleh buktikan waktu bekerja sesuatu subjek. Pembekal bahan binaan dipilih dengan cara tender terbuka dengan syarat2 waktu hantaran dan harga. Dia berjaya siapkan semua projek binaan sebelum tarikh janji serah kepada pemilik.
Dengan kita kenal perniagaan kita, berkenaan budaya pekerja, Perniagaan itu akan terus maju dan hidup lama. Sebab peniaga itu akan tahu dimana dia akan dapat pekerja pada masa hadapan.

2.       2. Kewangan
Ruang ke 2 yang kosong atas kertas A4 tadi, peniaga tulis KEWANGAN. Dari pada voucer keluar masuk wang, jumlah pety cash, jenis system akaun  yang digunakan, tarikh bayar gaji, tarikh bayar pembekal, Jnis bank, masa bank in duit setiap hari, kaedah keluarkan cek. Kaedah bayaran tunai, berapa % jumlah keuntungan akan dapat dilihat dari rekod kewangan ini. Semua data ini dibukukan dan kamu akan lihat tabiat syarikat kamu dapat wang, dan belanja wang.
Semua angka2 kewangan ini akan membantu peniaga tadi kenal perniagaan  sendiri. Berapa jualan, untung pada sesuatu  hari/bulan /tahun .  Bila jualan naik, dan bila hari  jualan turun.
Anda juga boleh tahu tabiat atau budaya urus duit. Samada dari dalam poket sendiri atau dari arahan Bank. Atau dari cara tukar2 cek dengan pelanggan. Dan anda boleh bandingan perniagaan anda dengan budaya perniagaan yang berjaya atau pun yang mundur.
 
Peniaga UpTown PERDA  akan buat strike perniagaan pada setiap bulan Ramadan dan Disember. Bulan bulan ini yang orang ramai membeli. Mereka akan longgok barang jualan sehingga penuh. Sebab mereka tahu barang akan habis. Keyakinan ini, ikut rekod jualan lepas mereka, dan jumlah wang yang mereka kumpul. Walaupun kadang kala, terpaksa telan ubat tidur sebab cerapan atau bacaan pasaran tak menjadi. Dan tahun hadapan peniaga2 ini akan ulang perkara yang sama, dan begitulah tahun2 seterusnya.

3.      3. Stok dan Bahan.
Ruang ke 3 kertas  A4 . Stok dan bahan jualan mesti diurus oleh peniaga dengan baik. Semua rekod dan susunan (kalau perlu lukis plan kedudukan barang). Nama barang dan tarikh barang terima dan tarikh luput, jumlah barang, baki barang. Semua data ini sangat membantu peniaga mengenal pasti bahan jualan supaya tidak beli lebih dari jualan sehingga rosak dalam simpanan. Data ini juga membantu mengesan kecurian bahan oleh pekerja atau pelanggan, atau pembekal. Mengurus stok bahan akan memberi gambaran jelas bagaimana perniagaan anda diuruskan dan pelanggan anda mendapat barang serta kakitangan atau pembekal jujur atau sebaliknya.
 
Seorang pengusaha kantin sekolah telah menyusun tin2 susu secara Piramid. Kenapa? Budak sekolah memang terkenal nakal dan berbangga dengan kerja kerja salah. Mencuri bahan jualan kantin adalah kegemaran mereka. Dengan cara  susun tin2 susu secara piramid, pengusaha kantin ini akan cepat kesan kecurian. Mustahil 50 tin susu disusun secara piramid boleh dicuri dari mana mana sudut tanpa meninggalkan keadaan  ganjil atau ruang lompong. Pengusaha kantin ini kenal perniagaan sendiri, pelanggan dan pembekal serta anasir luar. Dan dia berjaya menambah untung perniagaan.
Bengkel baiki kereta yang ada plan susunan dan lokal simpanan tool/peralatan  akan lebih cepat bertindak atas kerja, dan peniaga ini dapat menjimatkan belanja membeli alatan kerja yang semuanya mahal. Kawan saya  perniagaan dia memberi latihan perniagaan kepada bengkel2 kereta telah cerita pada saya, ada bengkel terpaksa beli screw driver sebulan lebih dari 5 unit untuk ganti yang hilang, sebab peniaga bengkel ini tidak ada kaedah semak/simpan barang. Bahan jualan bengkel juga mesti diurus, sebab barang2 ganti kenderaan ini mahal harga. Kalau hilang boleh rugi banyak.

4.       4 .Pemasaran
Setelah peniaga kenal kekutan tenaga kerja, keupayaan kewangan dan bahan yang sudah tersedia, peniaga sudah kuasai perniagaan yang diceburi dan akan buat satu package tawaran  kepada pelanggan. Semua peniaga akan mempunyai cara, strategi menjual barang kepada pelanggan. Strategi ini perlu di rekod dan di bukukan. Siapa pelanggan, pendapatan pelanggan, kawasan tempat tinggal dan alat perhubungan seperti tel, email, dan seumpama. Ada peniaga dapat kenal pelanggan bermusim atau pelanggan tetap.  Kaedah pasaran setelah peniaga kenali pelanggan adalah pendekatan paling berkesan.
Klinik 24jam atau Klinik 16jam.  Cara klinik swasta mempamirkan waktu rawatan sebagai strategi pemasaran, sebab Doktor pengusaha klinik tahu pelanggan klinik akan datang tidak ikut waktu tertentu seperti jual tiket panggung wayang yang hanya perlu iklan waktu tayangan.
Seorang kenalan saya yang banyak nasihatkan saya. Dia bekerja selaku  pensyarah kejuruteraan awam di university tempatan, dan dia ada PHD dalam bidang pemasaran. Dia mengajar bagaimana teknik pemasaran jual taman perumahan berubah mengikut kehendak pelanggan dan budaya hidup. Dia beri contoh.  30 tahun dulu, semua iklan perumahan akan menekankan plan tapak rumah, saiz, jumlah dan kedudukan bilik. 20 tahun lepas, semua iklan jualan rumah akan menonjolkan jarak rumah dengan kemudahan awam, seperti sekolah, pasar, stesyen, dan jalanraya. 10 tahun lepas, iklan2 perumahan mula menjual gaya hidup. Iklan pemaju perumahan akan menunjukkan seorang kanak2 perempuan duduk atas  buaian yang berhayun. Dan lebih extrim lagi, iklan jualan sekarang hanya letak gambar di bill board, titisan embun dihujung daun. Yang menariknya semua pemaju perumahan boleh jual rumah2, semasa tanah yang jadi tapak perumahan itu masih hutan belantara. Bila peniaga /pemaju perumahan ini kenal perniagaan mereka dan mereka mampu menjual anggan angan masa depan mereka.
Sekarang kertas A4 ini telah kenalkan budaya/cara perniagaan kamu sendiri, dan kamu layak berjaya dalam perniagaan kamu sekarang dan pada masa hadapan.

Gaza

Gaza